” Nasib baik dia tak mintak pergi spa. So cute like mother like daughter.. ” – Netizen
Fasha Sandha Kongsi Wajah Terkini Aisha Amaira Sempena Usianya 2 Minggu. Amboi Aisha Macam Mini Model Dah Gayanya Tu, Kecik-Kecik Dah Pandai Spa. Gambar Yang Timun Bertepek Kat Mata Tu Comel Sangat !!Β
Fasha Sandha sudahpun bergelar ibu kepada 3 orang cahayamata. 2 orang anak daripada perkahwinan terdahulunya dan terkini anaknya bersama Aidil Aziz iaitu seorang bayi perempuan. Memilih nama Aisha Amaira, ianya menggabungkan nama Aidil dan Fasha sendiri.
Seperti ibu bapa lain, nama yang baik maksudnya pasti menjadi pilihan. Aisha Amaira nama puteri mereka ini yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya. Indah nama Aisha dan senang untuk diingati. Kelahiran Aisha menambahkan lagi kebahagiaan Fasha sekeluarga.
Diam tak diam, sudah 2 minggu usia Aisha. Dari awal kelahirannya lagi, wajah Aisha dikatakan sama dan seiras dengan wajah Aidil. Mereka juga tidak lokek berkongsi wajah Aisha sejak hari pertama kelahiran Aisha lagi untuk tontonan peminat.
Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha telah berkongsikan sekeping gambar Aisha Amaira yang memegang sekeping kad tertulis usianya 2 minggu. Wajah comel Aisha ini menarik perhatian apatah lagi melihat gaya tangannya yang seperti membuat tanda ‘peace’.
Jom baca perkongsian di bawah :
Aidil juga dilihat turut sama berkongsikan tentang Aisha di laman Instagramnya namun dengan versi yang sedikit berbeza. Amboi Aisha dah pandai spa la, siap timun lagi bertempek dekat mata. Lagi buat peminat ger4m melihat si kecil ni.
Perkongsian ini menghiburkan dan menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :
” Kecik dh mentimun Hahaha comel nyaa.. “
” Nasib baik dia tak mintak pergi spa. Comelnya.. “
” Mcm muka ayah dia.. comel peaceyall.. Kecik2 dh cantik, comel sangat nie.. “
” Amboi dah pandai posing . So cute like mother like daughter.. Asal comel sgt ni bibir dia munggil.. “
” Alolololoooo pandainya anak buah pak long ni buat peace.. “
” Amboi kemain Aisya posing ehh. Betul-betul ikut ibu ni.. “
Alahai pandai sangat ibu menggayakan Aisha ni. Comel betul bila posing sebegini serupa sangat macam gaya Fasha. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Aisha sentiasa dilindungi Allah, membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang bahagia serta cantik seperti maksud namanya itu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha, IG Aidil Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..