” Nampak sepupu-sepupu tiup, dia pun sama muncung mulut nak tiup. Hehe.. ” – Netizen
Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Izara Aishah, Irisa Alaia Di Rumah Neneknya, Tengku Zawyah. Alahai Cute Sungguh Alaia. Reaksi Alaia Masa Tiup Lilin Tu Comel Sangat, Nasib Baik Ada Sepupu-Sepupu Yang Lain. Hehe !!
Meninjau akaun Instagram Tengku Zawyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tengku Zawyah bersama ahli keluarga besarnya yang lain menyambut ulangtahun kelahiran anak Izara Aishah, Irisa Alaia.
Berkumpul beramai-ramai memang menjadi aktiviti rutin keluarga ini. Turut sama kelihatan dalam video tersebut adalah Adib Khalid, Tya Arifin bersama suami dan anak-anak serta keluarga anak sulung Tengku Zawyah, Anas Khalid.
Meriah dengan cucu-cucu yang ada, sambutan kecil-kecilan juga pasti menjadi lebih meriah dengan gelagat mereka. Alaia yang berada di dukungan Adib pada awalnya tidak mahu meniup lilin pada kek hari lahirnya itu. Mujur ada sepupu-sepupunya membantu meniup lilin bersama-sama.
Comel sahaja kesemua cucu-cucu Tengku Zawyah ini dan nampak sebaya sahaja. Sudah meningkat remaja nanti, tentu kamceng kesemuanya kerana sudah biasa akrab sejak masih kecil. Keluarga besar Tengku Zawyah sememangnya sentiasa dikagumi oleh ramai warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Tengku Zawyah ini menarik perhatian netizen dan antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alahai comel Alaia. suruh tiup lilin tak nak, nampak sepupu2 tiup dia pun sama muncung mulut nak tiup. heheh cucu cucu penghibur hati nenda sangat lah .. semua comel.. “
” Happy birthday Irisa Alaia, same month with aunty iryana lah. Comel comel semua cucu Tengku Zawyah ni.. “
” Comel comel semuanya, such a lovely family. So inspiring, what a beautiful family. Tengku Zawyah pun cantik betul.. “
” Semua cucu cucu cantik dan handsome. Izara baby was so cute, all your grandchildren looked so beautiful. God bless u all always.. “
” Memang heaven.. 3 boys and 3 girls.. So well planned from Allah.. Cantik dan handsome semua cucu-cucunya.. “
” Alaia cantik betul, bestnya sepupu-sepupu nak sama baya semua. Besar nanti mesti lagi meriah dengan gelagat dorang ni.. “
” Masha Allah. Tabarakallah. Semua cucu sangat comel dan bernas. Mewarisi kecantikan Grandma dan ibu-ibu menantu.. “
Ada keluarga yang ceria dan penyayang seperti iniĀ juga satu rezeki buat semua. Sambil berbuka, sambil diselit birthday Alaia bersama. Apa yang penting, dari yang tua sampai yang muda semuanya happy. Happy belated birthday Irisa Alaia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Teezac, IG Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..