” Nampak Awishz dan Kikim dah macam kembar lah.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Lahir Anak Lelaki Norman Hakim, Muhammad Darwirz Hakim Yang Ke- 9 Tahun. Namun Wajah Darwirz Dan Adiknya, Muhammad Dikhriz Hakim Cur1 Perhatian Ramai Peminat. Memang Nampak Macam Kembar !!

Meninjau di akaun Instagram isteri pelakon Norman Hakim, Memey Suhaiza telah berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan mereka telah membuat sambutan hari lahir anak pertama mereka iaitu Muhammad Darwirz yang ke- 9 tahun.

Selain menyambut hari lahir Darwirz, Norman dan Memey juga membuat sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat. Di akaun Instagram milik Norman pula, dilihat turut hadir meriahkan majlis adalah anak-anak tahfiz.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, keluarga Norman telah mengenakan baju jubah berwarna putih sebagai warna tema majlis sambutan tersebut. Manakala sempat Memey memberi tahu, pada majlis ini keluarga Abby Abadi tidak turut serta bersama mereka kerana ada urusan.

Namun menjadi perhatian ramai, adalah wajah anak sulung Norman dan anak kedua mereka yang dilihat seperti kembar. Hingga kini perkongsian tersebut telah mendapat ratusan tanda suka dan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada anak pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy, Happy Blessed Birthday handsome boy. Semoga menjadi anak yang soleh & berjaya di dunia & akhir4t.. “

” Sanah helwah Awish, semoga berjaya dunia akhir4t dan menjadi anak yg soleh serta Al huffaz Aamiin.. “

” Wah dah besar si abang ni. Selamat hari lahir Awishz. Nampak Awishz dan Kikim dah macam kembar lah.. “

” Ehh abang dan adik tu sekali pandang macam kembar, padahal beza dua tahun kan, hehe. Selamat hari lahir abang, smga jadi anak yang soleh.. “

” Selamat Hari Lahir Penghuni rahim mummy memey yg pertama Abang Awish yg ke 9. Semoga menjadi anak yg soleh dan kebangaan kedua ibu bapa.. “

” Happy birthday sayang ensem boy. Semoga Dipermudahkan segala urusan Menjadi anak soleh & mendapat kebaikan dunia & akhir4t.. “

” Nampak macam sebaya lah dua orang anak lelaki Norman ni, kalau orang tak tahu, mesti ingat kembar.. “

Wahh meriah nampak sambutan hari lahir anak Norman dan Memey pada kali ini, meskipun ianya diraikan bersederhana. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir kepada Awish, semoga terus membesar menjadi anak yang soleh kepada kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza, Norman Hakim, Awishzarisz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..