” Nama ibu pun binti khalid ke, Aafiyah ? “
Video Siti Aafiyah Bila Ditanya Siapa Nama Ibunya Menggeletek Hati Peminat. Alahai Sayang Betul Pada Ayahnya Ni. Sampai Dalam Nama Ibupun Wajib Ada Nama Ayah. Bijak Aafiyah !!!
Nama Siti Aafiyah Khalid bukan nama asing buat para peminat. Lahir sebagai anak kepada penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza, Aafiyah adalah anak yang cukup bertuah dan menjadi cemb0ru orang ramai. Dari sejak lahir sudah ada kemewahan yang menyenangkan.
Aafiyah yang membawa maksud pelindungan Allah ini sering dilihat mengikuri rapat ibunya walau ke mana sahaja mereka pergi. Lihat sahaja aksinya ikut menari bersama Dato’ Siti di pentas nyanyian, nyata anak kecil ini ada aura yang besar yang buatkan semua aksinya menjadi perhatian umum.
Aafiyah walaupun memiliki ibu ayah yang kaya, namun Dato’ Siti dan Datuk Khalid lebih menekankan pelajaran dan didikan agama dari menyiraminya dengan harta kebendaan. Kerana bagi pasangan ini pendidikan dan iman di dada adalah perkara penting untuk menjadi insan yang berguna.
Menerusi akaun Instagram Aafiyahkhalid, telah dikongsikan satu rakamam video di mana Aafiyah sedang berbual-bual bersama Dato’ Siti Nurhaliza dan pengasuhnya yang dipanggil kak Dayah. Apa yang melucukan apabila ditanya nama ibunya berbinti kan siapa, secara spontan Aafiyah menjawap nama Khalid. Alahai pandai buat kelakar dah Aafiyah ni.
Jom tonton video di bawah :
” Nama ibu pun binti khalid ke, Aafiyah ? “
Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Aafiyah itu. Antara komen-komen netizen :
” Pandainya Aafiyah cakap.. “
” Hahaha. Comel ja c afiya ne bahh.. “
” Lucunyaaa binti khalid.. “
” Ger4m betul dengan afiyah ni comell tau.. “
” Betui je sebut nama Khalidnya .. Pandai aafiyah.. “
” Pekat cakap khalid ehh.. “
” Asal cerdik sangat nie alhamdullilah.. “
” Jelas betul dia sebut nama pak dia.. “
Sejak dah pandai bercakap ni macam-macam perkataan keluar dari mulut si comel ini. Memang lucu part Aafiyah sebut binti Khalid tu sampai kedengaran kuat Dato’ Siti meng1lai ketawa. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyahkhalid by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..