” Tolonggg lah mak long, jangan kacau Aisya.. “

Video Gelagat Aisya, Anak Umie Aida Bersama Mak Longnya, Erma Fatima Buatkan Yang Menonton Terhibur.  Redha Sajalah Aisya Oiii !!

Seperti yang diketahui umum, pelakon jelita, Datin Seri Umie Aida telah mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkatnya. Kehadiran Nur Aisya Humaira dalam kehidupan Datin Seri Umie Aida diibaratkan sebagai penawar hati buatnya. Umie Aida yang berkahwin dengan Khairuddin Mac 2010 tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Umie Aida sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 27, dan Mohd Dzulhelmy, 26 yang dijaganya sebelum beliau mendirikan rumah tangga lagi. Tidak mampu menyembunyikan keterujaan memiliki anak perempuan, Datin Seri Umie Aida kelihatan bersemangat  apabila, beliau menggayakan pelbagai baju untuk Aisya dan sering memuat naik gambar dan video tentang Aisya di akaun instagramnya.

Lebih-lebih lagi impian itu hadir selepas menanti hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata. Aisya telah membuat Umie Aida dan suaminya merasa lengkap dengan kehadiran bayi yang sangat comel ini. Aiya sebelum ini telah diambil oleh Umie ketika berusia 12 hari.

Menerusi perkongsian Erma Fatima di akaun instagram miliknya, Erma telah berkongsi satu video beliau bersama si kecil Aisya. Erma yang sebelum ini suka sangat mengusik Aisya, buatkan bayi tersebut agak tak0t apabila melihat Erma. Video itu sangat kelakar kerana Aiya seperti pasr4h apabila dibul1 oleh mak longnya itu.

Tonton video yang di kongsikan oleh Erma di bawah :

” Sorry td tkde sound… Boring… “

View this post on Instagram

Sorry td tkde sound…boring…

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Erma Fatima itu. Antara komen-komen tersebut :

” Jmpe je mama erma abis pipi Aisya kne gomol ckup2.. “

” Mula2 mmng la good mood.. Tgok jp lgi ofcourse Aisya Humaira, nangis.. Stressss.. “

” Terpaksa redha n pasrah je la.. Wlaupon dlm hati dan kpla kusut tgok mama erma.. “

” Redho jerr lahh ko aisyah dgn maklong tu.. “

” Patut lah budak ni stress sangat, kita tengok jer pon dah stress bebenorrrr.. Hahahaa.. “

” Muka Ada stressss sikit… Tapi dah improve dah .. “

” Tolonggg lah mak long, jangan kacau Aisya .. “

” Agaknya memang perangai anak sulung suka gom0l n nyakat budak ya.. Sebb sy sulung dan py perangai yg sama macm @ermafatima Hahahha.. “

Hahaha.. Kesianyna Aisya, kena g0mol dengan mak long. Muka Aisya awalnya macam dah ok, dah pasrah, lama-lama menangis juga. Mak long Erma ni suka betul menyakat Aisya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Aisya jadi anak yang solehah, membesar dengan sihat. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Erma Fatima, Umie Aida by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..