” Nak4l Wira, pandai dia menyak4t mommy.. ” – Netizen
Video Respon Ardy Wira Menjawab Soalan Ibunya, Betty Rahmad Apabila Di Tanya ‘ Wira, Do You Love Me ? ‘ Buat Ramai Terhibur. Amboi Daddy Wira Siap Gelak Besar Nampak !!
Ardy Wira si cilik yang kini dikenali ramai akan gelag4tnya yang sangat menghiburkan. Anak kepada pelakon Betty Rahmad ini juga turut mempunyai satu akaun khas yang diwujudkan oleh kedua ibu bapanya di Instagram untuk berkongsi perkembangan Wira buat semua peminatnya.
Sering berkongsi pelbagai video yang memaparkan gelag4t Wira yang kini semakin mencuit hati membuatkan ramai tidak kering gusi ketawa. Ada sahaja keletahnya yang menghiburkan lebih-lebih lagi apabila melihat Wira tersenyum hingga tidak menampakkan matanya. Memang comel sangat !!
Meskipun baru berusia dua tahun, Wira memang kelihatan sangat bijak. Apa yang ibunya cakap, kelihatan dia sangat memahami dan dia juga boleh membalasnya. Turut berkongsi video Wira yang rajin membantu ibunya di dapur untuk memasak, buat ramai terhibur dan tertawan dengan chef kecil ini.
Menerusi akaun Instagram Ardy Wira, telah berkongsi dua video yang memaparkan gelag4t Wira bersama kedua ibu bapanya. Betty telah menanyakan kepada Wira adakah dia menyayangi ibunya, Wira telah menjawab ‘No’, namun apabila ditanya adakah dia menyanyangi bapanya. Wira terus menjawab ‘Yes’ . Wira juga sudah pandai menyebut nama diri serta bapanya apabila ditanya.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Rata-rata netizen sangat terhibur akan perkongsian video oleh Betty. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Cheeky Wira pandai dia sakat momm.. “
” Ala sayang, pandai sangat la Wira ni.. Bila la dapat jumpa depan2 dgn Wira , love you Wira sayang.. “
” Pandai la Wira.. Semestinya mak2 akan cemb0ru.. “
” Rilek aje Wira jawab no ehhh.. Cute je Wira jawab ‘no’… Huhuhu.. “
” Elok je jawab ok… Slow2 sopan je mommy tnya.. “
” Allah… Bijakkkkkkknyaaaa kamu Wira terhibur untie tgok video kamu.. “
Alahai terhibur betul dengan jawapan Wira, pandai dia menyak4t ibu. Video tersebut dikongsikan oleh Betty sempena Hari Bapa dan Betty juga turut berkongsi ucapan buat suaminya tercintanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Wira memjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ardy Wira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..