” Nabil tak boleh leka, kalau leka habis Kak Lina merayap. Haha.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Dan Nabil Ahmad Berjoget Di Tepi Pentas Ketika Kumpulan VE Dan Hazrul Nizam Buat Persembahan Buat Ramai Terhibur. Amboi Kak Lina, Naik Sheikh Berjoget. Dengan Nabil Sekali Sama Naik. Masuk Air Betul, Haha !!

Konsert Gegar Vaganza Musim 9 telah pun melepasi minggu separuh akhir. 8 orang peserta berentap untuk merebut tempat ke final dan hasilnya, Fuad Rahman dan Dina tersingk1r pada minggu ini. Selain peserta, telatah hosnya, Kak Lina dan Nabil Ahmad dinanti-nantikan.

Seperti minggu-minggu sudah, ada sahaja jenaka Kak Lina yang membuatkan semua penonton di MBSA ketawa terbahak-bahak. Bukan sahaja Kak Lina, Nabil pun semakin minggu semakin rancak pula perang4i g1la-g1lanya di pentas GV.

Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan video yang diulangsiar daripada akaun Tik Tok Kamarulzaidi memaparkan aksi Kak Lina dan Nabil ketika kumpulan VE dan Hazrul Nizam membuat persembahan duet. Kena pula dengan irama lagu yang rancak, Kak Lina dan Nabil pun ‘naik sheikh’ berjoget.

Ini apa yang penonton di rumah tidak nampak di kaca tv dan hanya di MBSA sahaja dapat melihatnya. Ligat betul Kak Lina berjoget, terlepas daripada Nabil sampai pergi hampir ke arah penari. Part yang joget sama macam VE dan Hazrul tu comel betul.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan rata-ratanya terhibur dengan telatah Kak Lina dan Nabil. Antara komen-komen :

” Semangat tgk gv kali lain macam. kalau banyak masa cfm lagi lawak lepas persembahan dorang.. “

” Nabil tak boleh leka hahahha, kalau leka abiss kaklina merayap. best diorang joget.. hyper betul dorg ni haha tp last dh mnggu ni.. “

” Comel sangat kak lina ni haha, lawak la dengan nabil pun sama naik. Joget serupa dengan peserta yang bertanding, berlatih sama-sama ke ni haha.. “

” Gabungan hos yang mantap, melet0p dan happening. Kak Lina oiii, hyper betul dorang ni.. “

” Kak lina dah boleh buka kelas zumba. Energetic sungguh. Energi kak kepom hebat.. lincah betul.. “

” Tertunggu tunggu tengok Gegar Vaganza nak tengok Nabil dengan Kepom. Paling utama sebab happening sangat.. “

” Kak Lina dengan Nabil dah macam penari latar sama haha. Comel betul lah host GV ni, sekepala sama-sama masuk air haha.. “

Gegar Vaganza musim ini memang happening dengan perangai hosnya yang gedik manja. Lain orang lain caranya, namun yang pasti kehadiran Kak Lina dan Nabil menceriakan suasana. Minggu final nanti, entah apa lagilah bakal dilakukan oleh gandingan serasi ini. Kita tungguuu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, IG Astro Gempak, IG Elly Mazlein, Tik Tok Kamarulzaidi_

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..