” My 7 Years Anniversary.. “
Throwback Video Perkahwinan Anne Ngasri Buat Peminat Tersenyum Sendiri. Cantik Sangat Anne !!
Menyebut cerita popular era 90-an, Cili Padi pastinya kita akan terbayang pelakon kanak-kanak yang comel di dalam drama itu dan salah seorang daripadanya adalah Anne Ngasri. Diberi nama Naszriah Ngasri, beliau dilahirkan pada tanggal 18 Disember 1984 di Kuala Lumpur.
Merupakan anak kepada pasangan pembaca berita popular, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Anne merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik dimana abangnya Bell Ngasri dan kakaknya Reen Ngasri yang juga merupakan pelakon terkenal.
Anne pernah mendirikan rumahtannga bersama Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 namun jodoh mereka hanya bertahan selama 4 tahun sahaja. Hasil perkahwinan itu, Anne dikurniakan 3 orang cahayamata diberi nama Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.
Anne mengakhiri zaman jandanya dengan menikahi Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua orang cahayamata bernama Sufi Harraz dan Nefa Naura.
Menerusi akaun Instagram, Anne memuatnaik video rakaman lama semasa majlis perkahwinannya dahulu. Majlis ini kelihatan sangat meriah dan bahagia terpancar bukan sahaja dimuka Anne dan suaminya malah jua seluruh keluarga dan sahabat handai yang hadir ke majlis. Simple namun penuh bermakna !!
Jom tengok video di bawah :
” My 7 Years Anniversary.. “
” Alhamdulilah Terima kasih Ya allah kurniakan pinjaman pasangan dunia dan insyaallah hingga ke syurga bersama. Bertambah setahun lagi menjadikan hubungan ini dh 7 tahun… Thank you buat papa sumali atas segalanya. Love you so much.. “
” Moga kebahagian dan kasih sayang antara kita kekal dan dalam keberkatan oleh Allah swt. Aminn.. “
Rata-rata peminat turut sama terhibur menyaksikan video tersebut. Antara komen-komen :
” Happy Anniversary Anne dan Suami. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin.. “
” Happy Anniversary Love birds!.. “
” Happy anniversary aunty anne and uncle.. “
” Happy anniversary kak anne dan abg sumali. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga jannah. Aamiin.. “
” Seronok tengok video.. Happy Anniversary Ann.. “
” Blackberry tu rare….. Happy anniversry you alls.. “
Cantik berseri sungguh Anne pada hari bahagianya itu. Throwback yang buat masing-masing tersenyum sendiri melihatnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa mendampingi rumahtangga Anne.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..