” Mula-mula I’m scared, mama. Tak menahan ek Putri Sara Sefhia mama ni.. Agitchuuuuuu.. “
Elly Mazlein Kongsikan Video Sesi Bergambar Di Majlis Berinai, Namun Gaya Anaknya Putri Sara Sefhia Buat Peminat Terhibur. Pandainya Sefhia, Comel Pulak Tu !!!
Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein tampil membuat kelainan di Majlis Berinainya semalam. Elly Mazlein atau nama manjanya Kak Lina Pom Pom menyajikan pelbagai persembahan hebat semasa majlis tu antaranya dikir barat dan zapin kanak-kanak.
Kak Lina yang mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu bersama seorang guru bernama Mohamad Azlan bakal mengakhiri status ibu tunggalnya pada 18 Januari 2020. Kak Lina telahpun mempunyai seorang cahayamata perempuan bernama Putri Sara Sefhia.
Pada majlis gilang gemilang semalam, semua mata tertumpu kepada kelibat Azlan dan Sefhia. Manakan tidak sejak dari awal keluar ke dewan, Sehia dilihat memeluk erat bakal papanya itu. Apatah lagi ketika di pelamin, tidak langsung berenggang.
Menerusi akaun Instagram, Elly Mazlein telah berkongsikan video semasa majlis berinainya semalam yang penuh meriah. Namun yang menjadi perhatian adalah gelagat anaknya Sefhia yang pandai berposing ketika sesi mengambil gambar diadakan. Amboi Sefhia, dah law4n mama ye. Comel je !
Jom tonton video di bawah :
” Mula-mula I’m scared, mama .. Lepas tu dia nak lawan kite la posing.. Tak menahan ek Putri Sara Sefhia mama ni .. Agitchuuuuuu.. “
” Hi papa .. Saya dengar awak tengah popular sekarang ni ek .. Kemain awak ya.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Comelnya sefhia .. Ely cantik sangat.. “
” Manja betul sefhia dengan papa dia… “
” Nampak serasi betul anak kak Lina dengan Papa… Alhamdulillah… Tahniah kak lina… Semoga kekal bahagia hingga akhirnya.. “
” Amboiii dak tecik tu haahaha nak mencaras mama.. “
” Hamboihhh tangan sefhia.. “
“Pandai sefhia pose.. “
” Comel sangat anak dara kak Lina.. “
Nampak betapa gembiranya wajah Sefhia dan betapa rapatnya dia bersama Papa Azlan. Memang tak berenggang terus dari dakapan papanya itu. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Elly dan semoga Sefhia akan merasai kasih sayang dan perhatian sepenuhnya dari seorang lelaki bergelar ‘ayah’. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein, IG Myhmrap, Youtube Dunia Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..