” Mama cuma harapkan kasih sayang dan kesetiaan papa dan kasih sayang buat Sefhia.. “

Video Elly Mazlein Menitiskan Airmata Kegembiraan Mengharapkan Kebahagiaan Buat Netizen Turut Menangis. Sebak Dan Terasa Menus0k Setiap Bait Kata-Kata Kak Lina Pom Pom. Semoga Bahagia MilikmuĀ  !!!

Tanggal 17 Januari 2020 menjadi satu memori indah buat pelakon Elly Mazlein. Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom akhirnya bakal menjadi isteri kepada tunangnya Mohamad Azlan. Ikatan pertunangan yang diikat sejak sebulan lalu bakal berakhir ke jinjang pelamin.

Semalam telah berlangsung majlis berinai dimana dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Kak Lina dan Azlan. Azlan yang merupakan seorang guru berasal dari Kelantan turut diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya di majlis itu.

Majlis berinai yang penuh meriah dihiasi dengan pelbagai persembahan menarik benar-benar memukau pandangan mata. Tidak hanya kelibat Kak Lina dan Azlan, namun keakraban puterinya Sefhia dilihat cukup rapat bersama bakal papa barunya itu.

Menerusi akaun Instagram myhmrap, telah dikongsikan satu video wawancara bersama bakal pengantin baru Elly Mazlein dan pasangannya Mohamad Azlan setelah selesai majlis berinai mereka. Apa yang membuat suasana jadi sayu, Elly menitiskan airmata gembira kerana impian bahagianya hampir tercapai.

Jom tonton video di bawah :

” Air mata @iamellymazlein. Kak Lina sebak hingga mengalirkan air mata pada majlis malam berinai yang diadakan semalam.. “

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” U DESERVE OK MY DEAR… THANKS TO ALLAH.. “

” Jangan la nangis Mona, sedih pulak kiter.. “

” Nampak bakal husband penyayang.. “

” This time around semoga bahagia milik kak lina pom pom absolutely correction bahagia sampai jannah.. Aamiin.. “

” Alaaaa… Kita pulak yang sebak.. “

” Congrats.. Awat Aku pun memeleh ayaq mata… “

” Sebak pulak.. Everyone deserve to be happy even for second time. Tahniah @iamellymazlein semoga rumahtangga yang akan dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.. “

” Insyaa Allah till jannah aamiin… Nampak muka cikgu baik tuu.. “

” Adoi sebaknya. Bukan mudah tau..”

Sedihnya mendengar luahan Kak Lina ini. Betapa ikhlasnya kasih sayang dan tinggi impiannya untuk hidup bahagia seperti pasangan lain lagi-lagi memikirkan kasih sayang seorang ayah untuk puterinya Sefhia. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ikatan perkahwinan yang bakal diikat akan berbahagia hingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG RAP Harian Metro by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..