” Muka tu cover sikit Tomok macam nak nang1s tengoknya, hehe.. ” – Netizen

Video Tomok Berlatih Vokal Bersama Datuk Syafinaz Raih Perhatian Peminat. Fuh Nampak Macam Senang, Sus4h Juga Rupaya Nak Dapat Vokal Yang Mantap. Dah Macam Tak0t-Tak0t Je Muka Tu Tomok, Hehe !!

Konsert New Boys Sejarah Mungkin Berulang bakal dilangsungkan di Stage 1 Theath PJ PAC pada 10 dan 11 Februari akan datang. Sebagai persediaan untuk membuatkan konsert ini berjaya, Tomok menjalani latihan bagi memantapkan lagi kualiti vokalnya.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Tomok, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi latihan vokal Tomok bersama guru vokal tersohor, Datuk Syafinaz. Selain Tomok, ramai lagi artis lain menggunakan khidmat Datuk Syafinaz untuk memperbaiki mutu vokal masing-masing.

Dapat dilihat dalam video ini, bukan mudah ye untuk mengawal suara. Pernafasan perlu dijaga supaya suara tidak terkucil lebih-lebih lagi ketika menyanyi live. Tomok menyanyikan sedikit lirik lagu h1tsnya’ Sejarah mungkin berulang ‘.

Pelbagai teknik diajar oleh Datuk Syafinaz dan ekspresi wajah Tomok ketika sesi latihan ini mencuit hati ramai. Sampai berkerut muka Tomok, macam hendak menang1s pun ada reaksi wajahnya itu. Apa-apa pun, Tomok berjanji akan melakukan yang terbaik nanti.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telahpun direkodkan sejak posting ini dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Muka tu cover sikit tomokofficial macam nak nang1s tengoknye hehehe. Sus4h jugak nak jadi penyanyi profesional ni.. “

” Nampak senang tapi sus4h. bagus betul tomok masih belajar. Terbaek… terus kan belajar dan belajar … kejayaan akan mengejar mu.. “

” Bagus lah Tomok, sentiasa menimba ilmu. Good luck Tom. You can do it. Makin tak sabar nk tgu konsert nnt.. “

” Steady ner tomokofficial … sentiasa keep belajar and improve yourself… all the best brader… semoga sentiasa success.. “

” Vocal class actually is not easy.. Tengok video ni nampak in reality susah bethol. Good luck tomok. Chaiyok chaiyok.. “

” Tomok , awak adalah seorg penyanyi yg bagus.. sentiasa mahu belajar memperbaiki diri. Mutu suara awak cukup berbeza dari zaman dulu berbanding sekarang.. “

” Waaahh learning never stops…. respect Tomok. Salute betul orang lama yg masih gali ilmu. sebab tu performance mantap. good luck tomok.. “

Pujian juga diberikan oleh warganet kerana kesungguhan Tomok untuk memberikan persembahan terbaik kepada semua peminat. Semoga konsert nanti berjalan dengan lancar dan Tomok all out menyanyi ke semua lagunya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..