” Muka tak berubah sama sampai sekarang ni.. ” – Netizen
Fauziah Ahmad Daud Kongsi Gambar Semasa Kecil, Namun Kapsyen Daripada Kak Ogy Ini Mengundang Seb4k Di Hati Peminat. Semoga Kak Ogy Sentiasa Tabah !!
Lagu Wajah Rahsia Hati tidak asing lagi bagi penggemar muzik tanah air sekitar tahun 80’an. Sehingga kini lagu ini masih diterima oleh semua peminat tidak kira lapisan umur. Tidak hairan lah kenapa nama Fauziah Ahmad Daud begitu popular sehingga kini.
Penyanyi dan pelakon berbakat besar ini bukan sahaja mampu mengahayati watak lakonan yang diberi dengan baik malah beliau juga mampu membuat penonton yang menonton setiap lakonannya turut menang1s bersama seandainya watak yang dilakonkannya itu watak sed1h.
Tidak hanya berbakat dalam nyanyian dan lakonan, Kak Ogy juga cukup terkenal dalam bidang pengacaraan. Siapa tidak kenal pengacara popular rancangan Melodi suatu ketika dahulu. Wajah Kak Ogy juga sering muncul sebagai pengacara untuk majlis anugerah berprestij di televisyen.
Menjengah ke laman instagram miliknya kita dapat melihat perkongsian gambar ketika Kak Ogy masih kanak-kanak. Dengan kapsyen yang sangat menyentuh perasaan menceritakan ketabahan dan pah1t manis seorang anak seni mengharungi kehidupan.
Mari kita lihat wajah comel Kak Ogy semasa kecil ini :
Lagi gambar Kak Ogy semasa kecil :
Perkongsian Kak Ogy ini mendapat pelbagai komen dan doa daripada peminat. Mari kita lihat komen-komen di bawah ini :
” Seniwati yang sangat prolifik dan kental jiwanya. Beliau tidak lokek ilmu dan itulah Sang Primadona Fauziah Dato’ Ahmad Daud.. “
” Allah yang maha berkuasa bukan manusia, moga Ogy dilimpahi Rahmat dan bahagia selalu.. “
” Alhamdulillah budak comel ini memang kuat dari dulu lagi. Dia memang Ir0n Lady.. “
” Kagum dgn semangat Ogy sesungguhnya hidup ini penuh dgn dugaan serta cabaran. Hanya org yg mampu saja Allah uji utk mengangkat dan menguji akan keimanan seseorg itu.
” Apa yang diperkatakn tentang “budak ini” dari dulu saya tahu dia kuat. Saya nampak ikhlasnya dia, walaupun dia selalu diuji.. “
” Mukaaa tak berubah sama sampai sekarang ni. Semoga takdir yang baik sentiasa menjadi milikmu.. “
Sedih dan terharu membaca luahan hati Kak Ogy ni. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Kak Ogy tabah dan sentiasa kuat mengharungi setiap ujian yang diberi. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi rezeki yang melimpah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fauziah Ahmad Daud
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..