” Mommy macam adik dan kakak sahaja, masih cantik dan muda.. ” – Netizen
Kongsi Gambar Bersama Anak, Penampilan Terbaru Nur Aliah Lee Cur1 Tumpuan Netizen. Wahh Cantiknya, Awet Muda Sangat. Macam Kakak Dengan Adik Je, Anak Pun Cantik Dan Semanis Ibunya !!
Masihkah anda ingat dengan Nur Aliah Lee yang dahulunya merupakan seorang pelakon dan bekas isteri kepada pengarah filem Aziz M. Osman. Nama asal Aliah sebelum memeluk agama islam ialah Vianney Anastasia Lee dan kini Aliah sudah lama tidak muncul di kaca TV.
Aliah atau lebih mesra dipanggil Vee kini lebih kepada kerja-kerja di belakang tabir sebagai seorang penerbit drama. Perkahwinan Aliah bersama Aziz M. Osman bertahan selama 15 tahun. Sudah tertulis jodoh mereka hanya sampai di situ sahaja.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu 4 orang perempuan dan seorang lelaki. Anak-anak Vee kini kesemuanya sudah semakin dewasa dan ada juga yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Wahh dah jadi nenek sekarang Vee ni nampaknya.
Menerusi akaun Instagram, Vee ada berkongsi beberapa gambar bersama anak-anaknya. Penampilan Vee yang tidak dimamah oleh usia walaupun usianya sudah lewat 40 an mencur1 perhatian netizen. Nampak seperti adik-beradik sahaja apabila bersama anak-anak. Vee pun masih cantik lagi !!
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen memuji penampilan kedua beran4k ini. Antara komen-komen mereka :
” Mommy macam adik Kakak aja, masih cantik dan muda Masya Allah.. “
” Ikot mummy dia muda sentiasa.. “
” Mcm emma maembong pulak skali pandang muka akk.. “
” Biasa la… sepanjang hayat love.. “
Gambar bersama anak ketiganya :
Bersama anak bongsunya :
Wah, inilah keuntungan apabila berkahwin di usia yang muda. Dengan anak pun nampak macam kakak je. Untuk pengetahuan, Vee mendirikan rumahtangga ketika berusia di awal 20 an dan Vee juga kini sudah bergelar seorang nenek. Semoga Vee terus berbahagia bersama keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nur Aliah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..