” Mesti wife dia confuse, hati nak mar4h tapi happy Tokti tegur dia. Haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Mengusik Seorang Peminat Lelaki Di Konsert Music Of The Soul. Amboi Boleh Pulak Bagi Flying K1ss Kat Tokti, Isteri Ada Kat Sebelah Je. Part Tokti Cakap ‘Datuk K Yang Punya’ Tu Bersorak Penonton. Comel Je, Hehe !!
Semalam telah berakhirnya persembahan eksklusif Music Of The Soul oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Ramai peminat DS Siti menghadiri konsert ini dan semuanya berpuas hati dengan persembahan DS Siti.
Pelbagai ragam dan telatah peminat dapat disaksikan sepanjang berlangsungnya konsert ini. DS Siti juga bijak berinteraksi bersama peminat yang hadir. Meninjau akaun Instagram Roti Kaya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat DS Siti menyakat salah seorang peminat.
Menegur satu pasangan di hadapannya, DS Siti bertanyakan apakah pasangan itu suami isteri ataupun kekasih. Menyambung celotehnya, DS Siti mengatakan peminat lelakinya itu membuat fly1ng k1ss kepada DS Siti dan wanita di sebelahnya menyiku si lelaki tersebut.
Gamat dengan ketawa semuanya melihat DS Siti membuat gaya flying k1ss dan menyiku itu. Kata DS Siti, ‘tak apa tengok je, suka je’ kerana dia ‘Dato’ K yang punya’ sambil ketawa. Alahai DS Siti ni makin pandai melawak lah sekarang, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Boleh tahan lucu juga DS Siti ini. Antara komen-komen :
” Awat comel sangat tokti, mesti m4lu orang tu haha. Suara manja je, boleh melawak jugak tokti ni.. “
” Laki yang tokti cakap tu tidur luar malam tu haha. Mesti bini dia confuse hati dia nak mar4h… Tapi happy tokti tegur dia haha.. “
” Tengok je, suka je. Dato’ K yang punya haha. comelnya tokti ni, cakap orang dia yang comel sebenarnya.. “
” Lawa sangat, kalau saya pun tak reti nak salahkan laki haha. Ala comelnya tokti mengusik peminat macam tu.. abislah tidur luar laki tu haha.. “
” Tidur luarlah bang, seluruh Malaysia dah tau kenak4lan abang ni. hehe pandai tokti menyakat. Ayat Dato’ K yang punya tu cute je.. “
” Comel sangat la tokti ni, haha betul betul. Dato’ K yang punya. Tengok je, suka je, Dato’ K yang punya.. ayat win betul.. “
” Ala saya tersenyum, kelakar lah tokti ni haha. Idola aku ni memang n0tty la hai mengusik orang haha.. “
Agak-agaknya apalah jadi pada pasangan peminat ini, netizen siap mengusik r1sau tidur luar je si suami tu nanti, hehe. Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan DS Siti untuk bermesra dengan semua. Semoga bakal ada lagi persembahan eksklusif DS Siti pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rotikaya, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..