” Merem4ng bulu roma time tarik tu, suara sama macam Tokti.. ” – Netizen

Video Seorang Wanita Menyanyikan Lagu Wajah Kekasih Di Hadapan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Buat Ramai Terpuk4u Dengan Suaranya. Wah Merdu Sungguh, Macam Suara Tokti Dulu-Dulu. Tokti Pun Siap Tep0k Tangan Lagi !!

Meninjau akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar satu video dari akaun Tik T0k lyzrsly yang memaparkan seorang wanita bernama Shalyza Rosly menyampaikan salah sebuah lagu hits dendangan asal Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Wajah Kekasih.

Apa yang menariknya ialah nyanyian wanita ini dipersembahkan di hadapan DS Siti sendiri. Kelihatan dalam video ini, Shalyza menyampaikan lagu ini dengan cukup baik walaupun tanpa iringan muzik dari awal sehingga ke akhir.

Reaksi DS Siti pula ketika mendengar Shalyza ingin menyanyi lagu Wajah Kekasih pun comel sahaja. Sambil menikmati juadah di hadapannya, DS Siti memasang telinga mendengar nyanyian Shalyza. Merdu dan seperti suara DS Siti ketika muda dahulu.

Lenggok suara dan mendayunya itu memang sedap didengar. DS Siti juga nampak enjoy dan turut sama-sama menyanyi bersama tetamu yang lain. Dalam nerv0us menyanyi di hadapan idola, tetap padu persembahan Shalyza ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada warganet dan ramai yang memuji kelunakan suara Shalyza ini. Antara komen-komen warganet :

” Dalam bnyak2 cover suara tokti yg ni je tak kepit. dan tak guna teknik suara rahang. suara tokti muda-muda.. “

” Sedap suara.. ada bakat.. sama suara ds ct masa muda.. dok ulang-ulang tengok.. sedap di dengar.. “

” Sedapnya suara, ulang-ulang akak tengok dik. Memang sedap suara awak, merdu sangat. Walaupun tak de muzik, suara tu lunak merdu.. “

” Merem4ng bulu roma time tarik tu, suara sama macam tokti. Awesome, dengar suara terbayang suara Tokti.. “

” Ni suara tokti zaman muda dulu, nyaring dan sedap. Suara best, tokti pun enjoy siap tepuk tangan lagi tu.. hebatlah.. “

” Suka tengok reaksi tokti, mulut duk kunyah makanan tapi telinga pasang tu duk dengar awak nyanyi.. “

” Weh sedap sangat, suara Tokti masa muda dulu. Aku dekat rumah ni pun tepuk tangan, part tarik tu sedap g1la.. “

Merdu dan menghiburkan semua yang ada di situ termasuk DS Siti sekali. Ramai yang ulang-ulang menonton video ini, sama betul suara DS Siti. Apa-apa pun, semoga terus maju jaya buat Shalyza dan happy selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, Tik T0k lyzrsly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..