” Memang tertunggu-tunggu birthday letter ni, tak jemu baca.. ” – Netizen
Gambar Thr0wback Dan ‘ Surat Cinta ‘ Jejai Ashram Ramli Sempena Hari Lahir Anak Sulungnya, Putra Rayqal Yang Ke 14 Tahun Raih Perhatian Ramai. Tak Pernah Tak Syahdu ‘ Surat Cinta ‘ Jejai Ni !!
Meninjau akaun Instagram Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai telah dikongsikan beberapa keping gambar thr0wback yang memaparkan anak sulungnya, Putra Rayqal. Anak hasil perkongsian hidup Jejai dan Nora Danish ini kini telah pun 14 tahun usianya.
Seperti tahun-tahun sudah, Jejai pasti akan memberikan ‘ surat cinta ‘ untuk semua anak-anaknya yang menyambut ulangtahun kelahiran. Setiap kali tiba hari istimewa anak-anak, pasti ucapan Jejai yang akan dinanti-nantikan oleh warganet.
Untuk edisi hari lahir Rayqal yang ke 14 tahun ini, ucapannya lebih santai. Rayqal anak yang baik dan bijak. Pada usianya ini Rayqal telah pun berada di tingkatan 3 sedangkan rakan-rakannya yang lain sudahpun berusia 15 tahun.
Kehidupan yang tenang, selamat dan persekitaran yang selesa diusahakan oleh Jejai untuk Rayqal dan anak-anaknya yang lain. Jejai juga memohon maaf kerana sering memar4hi Rayqal, namun itu semua untuk kebaikan Rayqal juga.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Ucapan oleh Jejai ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet dan sehingga kini telah lebih 3000 likes dicatatkan. Antara komen-komen warganet :
” Tertunggu-tunggu ucapan daddy Rayqal.. tak jemu baca… Happy Birthday Rayqal, moga menjadi anak yang soleh.. “
” Happy Birthday Rayqal.. same age n tall as my grandson semoga sentiasa dilindungi Allah swt Dan dipermudahkan segala urusan pelajaran Dunia n Akhirat.. “
” As usual kami semua menantikan surat cinta untuk anak-anaknya. right here writing Love letter. Happy birthday Rayqal.. “
” Memang tertunggu-tunggu birthday letter ni.. by the way happy birthday rayqal.. Smoga berjaga dunia dan akhirat.. seperti tahun2 yg lain nya kami menanti tulisan2 ini, dapat memberi sedikit inspirasi atas anak2 kami.. “
” Every year tertunggu-tunggu birthday letter ni.. Aaaaa may Allah ease evrything for both of u.. happy bornday rayqal.. “
” Happy Birthday dearest Rayqal… May Allah Bless you,menjadi anak yg soleh n strive hard to achieve your ambitions… love Nenda Chu.. “
” Alhamdulillah, Rayqal punya Daddy dan Mummy serta family yg sgt berbudi pekerti. Jaga diri ye, Happy Birthday.. muka betul2 copypaste daddy.. “
” Subhanallah indah kata-kata seorang ayah… ayah yang tahu erti amanah yang di beriNya. Most awaited speech. Happy birthday Rayqal.. “
Ucapan Jejai memang penuh dengan ceritanya yang tersendiri. Beruntung Rayqal ada daddy yang berjiwa puitis dan penyayang sebegini. Selamat hari ulangtahun yang ke 14 tahun Rayqal dan semoga Rayqal akan memenuhi semua hasrat dan impian daddy.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizal Ramli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..