” Memang Che Ta dalam perut mak lagi dah cantik ka ? “

Rozita Che Wan Kongsi Gambarnya Ketika Di Majlis Aqiqah Anak Azrinaz Mazhar. Bajunya Yang Cantik Tarik Perhatian Ramai. Memang Melet0p Habissss Che Ta !!

Siapa tidak kenal akan pelakon tinggi lampai iaitu Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ Che Ta ‘ . Sering kali memuat naik foto menerusi laman media sosial tentang gaya baju yang cantik sering mendapat perhatian orang ramai.

Terdahulu, sebelum menceburi bidang lakonan, Rozita Che Wan merupakan seorang pramugari dan menyertai penerbangan Malaysia (MAS) pada 1992 dan bertugas selama tiga tahun. Beliau cukup dikenali menerusi drama Kiah Perkasam ” yang berjaya meletakkannya sebagai seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Beliau juga merupakan pelakon yang sensasi apabila telah berkahwin dengan pelakon yang popular dengan sitkom ” Oh My English “ iaitu Zain Saidin. Pasangan ini telah berkahwin pada 13 Disember 2013 dan hingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Pasangan ini juga mempunyai beberapa perniagaan hasil kerjasama bersama. Rozita Che Wan juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu bersama Azuar Effendy pada tahun 1995, iaitu, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Terkini, Che Ta telah berkongsi beberapa gambar beliau ketika hadir ke Majlis Aqiqah anak Azrinaz Mazhar di laman media sosial. Azrinaz Mazhar telah berkahwin dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Areesya Malayka.

Baca perkongsian Che Ta d ibawah :

” Dok beqangan .. Kalau lah ni majlis kami. Semalam di majlis Cukur Jambul   #areesyamalaykha .. “

Rata-rata peminat telah memuji kecantikan Che Ta tersebut. Ada pembaca yang berjenaka, menyuruh Che Ta  melahirkan anak lagi dan dapat mengadakan kenduri Aqiqah untuk anak tersebut. Antara komen-komen netizen :

” Sentiasa syantikk che ta.. Suka tengok .. “

” Beranak la lg che ta, boleh bt majlis cukur jambul lg.. “

” Cantiknyer lah kak rozitachewan ni.. “

” Che Beqangan pun cantik. X tahu nak habaq lagu mana lagi. Memang che ta dalam pequt mak lagi dah cantik ka.. “

” X penat ke jadik cantekkkkk ni sis..???? “

” Matanyaa lirik lirik selalu.. Rupanya manis manis ayu.. “

Di bawah ini kami di Berita Kopak kongsikan beberapa lagi gambar Che Ta sekitar majlis tersebut :

Wowww !! Cantik sungguh Che Ta pada sekitar majlis tersebut. Che ta ni pakai apa pun semua cantik. Nampak sentiasa muda macam anak dara. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Che Ta sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan,  by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..