” Memang anak daddy betul, sebiji gayanya.. ” – Netizen

Mia Ahmad Kongsi Gambar Anak Ketiganya, Imaani Yang Kini Berusia Sebulan. Comelnya Imaani Tengah Tidur Lena, Siap Berkerut Lagi Muka Dia. Part Kerut Tu Memang Sebijik Sangat Macam Daddy. Mummy Siap Tunjuk Bukti, Hehe !!

Umum mengetahui yang pelakon Mia Ahmad baru-baru ini telah selamat melahirkan anak ketiganya iaitu seorang bayi perempuan. Beberapa hari lalu, Mia juga memuatnaik video serta berkongsi nama anak kecilnya itu buat para peminatnya di akaun Instagram.

Memilih nama yang ringkas iaitu Imaani, perkongsian tersebut telah dihuj4ni dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat Mia. Terbaru, Mia telah memuatnaik gambar terkini Imaani. Dalam gambar tersebut, Imaani sedang nyenyak tidur di dalam baby carseat.

Tulis Mia secara ringkas pada ruangan kapsyen dengan menyatakan mimik wajah Imaani yang sedang berkerut dahi ketika tidur seperti wajah suaminya, Izham. Bahkan Mia turut berkongsi ‘buktinya’ dengan memuatnaik sekeping gambar Izham.

Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang Imaani memang begitu seiras seperti Izham. Sehingga kini, gambar terbaru Imaani telah menerima lebih 7 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian Mia ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Memang anak daddy betul, sebiji gayanya.. Tahniah Mia dan suami, dapat cahaya mata ketiga, comel lah.. “

” Terpalingggg elok la dia.. Sedapnya dia tido.. Memang anak daddy betul budak comel ni, hehee comel sangat.. “

” Sama sangat tu, anak pak sungguh Imaani ni.. Comelnya Imaani nii.. Semoga membesar dgn sihat & dilindungi sentiasa. Aamiin.. “

” Alolo comei, muka abg dia dan daddy betul lah.. Tidur pun comel Imaani ni.. Terus membesar dengan sihat yer.. “

” Allahuakbar.. Comelnyaaaa.. Segala puji bagi Allah.. Semoga yang baik2 untuk anak ini Pn Mia dan sentiasa dilindungi Allah.. “

” Masyaallah tabarakallah sama betul dengan daddy.. Semoga Imaani membesar dgn sihat dan dilindungi Allah swt.. “

” Tahniah Mia, comelnya Imaani tidur.. Moga Imaani jadi anak yang solehah buat ibu bapanya, insyaALLAH.. “

Alahai sama betul gaya Imaani dengan daddy, memang anak daddy sangat lah ni. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Mia atas kelahiran anak ketiganya. Semoga Imaani terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Mia serta Izham.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mia.ahm4d

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..