” Mata dan mulut dan kecomelan sama sebijik.. “
Kongsi Gambar Semasa Kecil, Wajah Amyra Rosli Saling Tak Tumpah Seperti Anaknya, Ayra Aryssa. Wahhh Sama Sangat, Lagi-Lagi Tang Mata Dengan Mulut. Comel Sungguh !!
Pelakon popular drama Cemburu Seorang Perempuan dan Tersuka Tanpa Sengaja, Amyra Rosli bukan nama asing dalam dunia lakonan. Namanya sering menjadi sebutan peminat kerana bakat lakonan dan penghayatan yang hebat. Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati binti Rosli dilahirkan pada 24 Ogos 1991.
Mengahwini aktor Amar Baharin pada 11 November 2016. Mahligai bahagia mereka diserikan lagi dengan kurniaan Allah seorang cahayamata lelaki pada 15 Oktober 2017 yang dinamakan Aqeef Anaqi Amar. Disember tahun lalu, Amyra telah pun selamat melahirkan cahayamata keduanya seorang puteri yang dinamakan sebagai Ayra Aryssa.
Semakin bahagia rumahtangga Amyra apabila lengkap keluarga kecilnya ini. Baik Amar mahupun Amyra bersyukur dengan rezeki dari Ilahi ini. Sebelum kelahiran Aryssa lagi, sudah diwujudkan akaun sosial miliknya. Betapa terujanya peminat untuk melihat puteri kepada Amyra ini.
Menerusi akaun Instagram Aqeef.Anaqi, telah dikongsikan gambar Amyra ketika kanak-kanak dan gambar Ayra Aryssa sekarang. Wajah kedua-duanya saling tak tumpah. Memang sama macam copy paste Aryssa dengan Amyra ni. Tak sabar tunggu Aryssa ada rambut mesti lagi cantik dan sama macam mommy.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen terpegun melihat wajah Amyra masa kecil dan Aryssa yang seiras itu. Antara komen-komen netizen :
” Matanya, hidungnya, mulutnya… “
” Aryssa memang muka Mommy while Anaqi muka Daddy dia.. “
” Mata mulut hidung dagu… Cantiknyaa baby.. “
” Mata hidung mulut dagu.. “
” Mata, mulut.. Hidung nampak macam daddy.. “
” Mata dan mulut dan kecomelan sama sebijik.. “
Kalau dipandang Aryssa memang jelas kelihatan wajah Amyra. Hampir kesemuanya sama dengan wajah Amyra. Memang salinan pendua mommy la Aryssa ni. Pastinya besar nanti secantik mommy. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aryssa membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aqeef Anaqi by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..