” MasyaAllah.. Comelnya …”

Gambar Faeq Razeeq, Anak Angkat Sufian Suhaimi Semasa Bayi Mencur1 Perhatian Netizen.  C4ir Dibuatnya !!

Sudah menjadi trend terkini untuk individu yang masih bujang mengambil anak angkat. Ramai artis yang masih bujang yang telah mengambil anak angkat. Salah seorangnya adalah Sufian Suhaimi. Baru-baru ini, Sufian telah mengambil seorang anak angkat lelaki.

Faeq Razeeq yang baru berusia setahun lebih merupakan anak kepada rakan baiknya semasa di sekolah dahulu. Buat masa ini, Faeq masih tinggal bersama ibu dan bapanya dan Sufian akan berjumpa Faeq setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘ Di matamu ‘ ini turut membuka akaun media sosial khas untuk Faeq untuk memuatnaik status dan aktivitinya bersama Faeq. Ramai peminat menyambut baik dengan perkhabaran Sufian yang telah mengambil anak angkat.

Menerusi akaun Instagram Faeq, satu gambar telah dikongsi ketika Faeq masih bayi. Menurut ibunya, gambar tersebut diambil ketika Faeq berusia 3 minggu. Comel sungguh Faeq berpakaian seperti ustaz. Semoga menjadi anak soleh hendaknya.

” Memandangkan ramai dm nak tengok gambar Faeq time baby, mommy belanja gambar Ustaz Faeq masa ni Faeq baru 3 minggu. Hehehe. Ustaz tertidur laa penat balik dari masjid. Banyak bg ceramah ni. Uncle jangan lupa solat Jumaat tauu!  #FaeqRazeeq “

Rata-rata netizen memuji kecomelan Faeq. Antara komen-komen mereka :

” Semoga jadi anak yang soleh dan disayangi ramai.. “

” MasyaAllah comelnya .. “

” A good baby!!! loveyouuu.. “

” MasyaAllah comel sungguh lahh diaa ni.. “

” Alooo kenapa baby Faeq ni comel sangat.. “

” Comelnya. Kiranya Faeq dduk dgn mommy daddy, tp ayh Yan ambk jd ank angkt la ni? Semoga membesar jadi ank yg soleh syg.. “

Comel sangat Faeq seperti bayi kacukan Korea. Walaupun begitu, akaun media sosial Faeq tidak dibuka kepada umum. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Faeq membesar dengan bijak dan sihat serta menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faeq Razeeq, Sufian Suhaimi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..