” Masya Allah, pengalaman paling berharga.. “

Aeril Zafrel Kongsi Video Ketika Pot0ng Tali Pusat Anaknya, Ayya Soffya..

Baru-baru ini, pelakon Wawa Zainal telah selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang pada 1 Disember yang lalu. Anak ketiga Wawa dan Aeril Zafrel itu diberi nama Ayya Soffya.

Nama Ayya Soffya tersebut diambil sempena nama Masjid Biru di Istambul, Turki. Selain daripada itu, Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila beliau dapat bersalin secara normal. Terdahulu, Wawa sempat melancarkan produk kosmetik Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla seminggu sebelum melahirkan Ayya.

Wawa dan Aeril sebelum ini telah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. Dengan kehadiran Ayya Soffya ini semestinya wawa dan Aeril merasa teruja kerana empat tahun menantikan zuriat.

Menerusi akaun instagram Aeril, beliau telah memuat naik sebuah video yang memapatkan beliau berpeluang memot0ng sendiri tali pusat anaknya yang baru selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Andorra Wanita & Kanak-Kanak, Shah Alam.

Baca perkongsian Aeril dibawah:

” Alhamdulillah.. sepanjang wawa bersalin ketiga-tiga anak kami, saya sentiasa ada disisi memberi kekuatan pada dia. Tapi istimewanya kali ni. Sy diberi peluang utk pot0ng tali pusat baby @ayyasoffya #wawabundleofjoy.. “

Rata-rata peminat mengucapkan rasa syukur dan tahniah. Selain itu juga, netizen mendoakan Ayya Soffya supaya menjadi anak yang solehah. Antara komen-komen netizen :

” Alhamduilillah. Semoga baby sihat!.. “

” Alhamdulillah smoga ayyasoffya jadi anak yg solehah.. “

” Tahniah.. smoga ayyasoffya menjadi anak yang solehah dunia akhirat.. “

” Alhamdulillah.. subhanaallah.. seronoknye moment mcm ni.. “

” Masya Allah pengalaman paling berharga.. “

” Tahniah abg n kakak.. mdh mdhn jdi kluarga bhgia smpai syurga.. amiin.. “

Alahai, terasa sebak melihat Aeril memotong tali pusat anaknya Ayya Soffya. Begitu bahagia rasanya dapat menemani isteri dan melihat sendiri anak yang baru dilahirkan. Apa-apa pun, Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Ayya Soffya menjadi anak yang baik, sihat, dan menjadi kebanggaan buat kedua ibu bapa. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..