” Malu pada Yoe. Walaupun dia dalam keadaan begitu sebak tengok Yoe.. “
Ustaz Ebit Lew Kongsi Pertemuan Bersama Yoe Parey. Namun Tak Sangka Yoe Bertindak Sedemikian Rupa Setelah Mendengar Dakwah Daripada Ustaz Ebit. Ya Allah Yoe Menitis Airmata Ni !!!
Pendakwah bebas berwajah manis dan sering mengukir senyuman ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit Lew sememangnya menjadi ikon dakwah dan disenangi ramai golongan masyarakat. Wajahnya yang bercahaya disertai suaranya yang penuh lembut dan sopan santun boleh meruntun hati sesiapa sahaja yang mendengari ceramahnya.
Ustaz Ebit Lew yang banyak memenuhi jemputan ceramah di serata Malaysia tidak hanya tertumpu di masjid malahan juga ke institusi pengajian tinggi, sekolah dan jabatan kerajaan juga. Selain itu, Ustaz Ebit juga sering mengadakan program Keluargasunnah di bawah kelolaannya sendiri.
Sering mengungkapkan ucapan Allah sayang, setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau sering mengundang rasa hiba dan sebak di hati. Dakwah yang diamalkan oleh Ustaz Ebit lebih kepada pendekatan dan mengamalkan sikap saling berkasih sayang antara sesama manusia.
g
Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan pertemuannya bersama youtuber terkenal Syahmi Sazli dan pelakon-pelakonnya Asif, Yoe Parey, Nisa dan ramai lagi. Perkongsian cerita dan dakwah yang amat lembut dari Ustaz Ebit berjaya menyentuh hati anak istimewa Yoe Parey.
Jom tonton video di bawah :
” Sebak semalam walau dah dekat 12 malam lewat selepas ceramah di Matrikulasi Kelantan yang sangat baik. Kagum akhlak orang Kelantan. Rajin ramai usahawan berjaya. Rajin. Subhanallah. Selepas itu terus berjumpa dan berkongsi bersama anak muda yang sangat baik @syahmisazli @anissafaizul , asif, yoe dan lain lain.. “
” Baik sangat adik-adik ni. Rendah diri baik dan banyak minta nasihat. Saya sebenarnya semakin yakin syukur rahsia berjaya dan mulia. Rezeki melimpah ruah. Mereka kini menjadi semangat inspirasi pada semua anak muda diluar sana. Subhanallah.. “
” Apa yang kita rasa kekurangan sebenarnya itulah kekuatan kita bila kita syukur. Walau kita miliki kesempurnaan tapi tidak syukur dihati kita akan banyak mengel0h dan put0s asa.. “
” Mereka kata selalu dengar ceramah saya. Yoe siap menangis-nangis dengar guna head phone. Semalam pun masa cerita mak. Dia berlari ke kereta ambil telefon. Nak telefon mak. Selepas itu yoe ceramah pula pada asif. Subhanallah. Seronok lama juga berkongsi semalam.. “
” Bila @anissafaizul start menangis tanya soalan mengenai penting jaga solat dan sayang keluarga. Semua dah menangis. Allahuakbar. Baik dan sebak dengar soalan anak muda ini.. “
” Semoga Allah beri semua anak muda jutawan ini kebaikan, rezeki dan rahmat melimpah ruah. Allah sayang. Semoga menjadi asbab hidayah.. “
” Sempat hadiahkan buku isteriku bidadari dan 11 amalan memiliki kekayaan dan jemput mereka hadir keluargasunnah. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew.. “
Rata-rata netizen sedih menonton perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Sedih yoe nangis.. “
” Allah sayang. Alhamdulillah tabarakallah. Aamin.. “
” Selalu tersentuh hati dengar prkongsian dan ceramah ustaz.. Semoga Allah sentiasa lindungi Ustaz dengan rahmat dan kasih sayangNYA di dunia dan di akhirat.. Aamiin Ya Rabb.. “
” Sebab tu saya respek abang @syahmisazli dan kak @anissafaizul and sentiasa support mereka.. Semoge dimurahkan rezeki.. And ust @ebitlew yang sangat pandai amik hati orang and kongsi banyak manfaat.. Semoge dipermudah urusan ustaz.. Semoge kita semua dikumpulkan bersama di syurga nanti InshaaAllah.. “
” YB @yoe_parey menangis sengoti ni, sekalo berlakon jah.. “
” Anak syurga yang sangat baik dan hidupnya memberi manfaat pada orang lain. Semoga ibu bapa mereka juga ditarik ke syurga Allah juga.. “
” Malu pada Yoe.. Walaupon dia dalam keadaan begitu sebak tengok Yoe.. “
Sesungguhnya malu rasanya hati pada anak syurga seperti Yoe yang punya hati dan kasih sayang yang tinggi pada ibunya. Walaupun dia tidak sempurna, namun hatinya dan baktinya untuk membantu kedua ibu bapanya memang tidak disangkal lagi.
Sedangkan orang yang sempurna sifat belum tentu ada sifat kasih dan mengutamakan ibu bapa. Moga menjadi peringatan dan panduan kita bersama. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ustaz Ebit Lew sentiasa berterusan memberikan dakwah dan moga Allah kurniakan Ustaz Ebit umur yang panjang. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..