” Kerja cuci tandas ? “

Noralbaniah Kongsi Gambar Berpakaian Baju ‘Cleaner’ Di Instagram, Buatkan Ramai Terkej0t !!  Ini Resp0ns Beliau..

Pelakon senior tempatan, Noralbaniah telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan baju seragam ‘cleaner’ dan peralatan mencuci tandas di laman instagram miliknya. Memiliki nama sebenar Nor Albaniah Raffie dan berasal dari negeri Perak ini, kini berusia 50 tahun.

Noralbaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, beliau ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.

Noralbaniah telah mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta, Sudarman Daud pada tahun  1994. Dari hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Syarra. Namun beberapa tahun kemudian suaminya, Sudarman meningg4l dunia pada 10 Jun 1996 akib4t nah4s jalan raya.

Menerusi perkongsian terbaru di instagram, Noralbaniah telah berkongsi beberapa gambar menerusi beberapa status terkini beliau. Namun, gambar yang telah dikongsikan oleh beliau itu membuatkan netizen dan rakan-rakan terkej0t.

Noralbaniah telah menerima banyak pertanyaan daripada peminat dan rakan artis gar4-gar4 aksinya memakai baju seragam tukang cuci tersebut.

” Happy sangat bila dapat jadi ketua.. Macam ketua darjah… Lepas ni tanggungjawab lebih berat.. “

” Ada lagi ke org nak pandang kalau ini pengakhiran utk diri ini.. Peringatan utk diri sendiri.. Apa yg kita ada bila2 masa Allah boleh tarik balik.. Tk kiralah pekerjaan, ataupun org trdekat.. Selalulah hargai smuanya sblum trlambat.. “

Kec0h semua bertanyakan adakah beliau kini bekerja sebagai tukang cuci tandas. Ini resp0ns dari beliau :

” Kec0h pasal post gambar pakai baju clennner semalam. Ada yg call tanya…betul ke…! sebenarnya bagi saya ape salahnya. Sesiapa pn boleh post ape2 pun. Kalau saya clenner, itu satu pekerjaan yg baik. Halal.. Kalau tak keje, u all nak bagi duit ke ?.. “

” Susah, org lagi kut0k. Tak kan nak tunjuk yg hebat2 dan mewah jer dalam IG. Not me…. im not hip0krit… plsss….. skrg saya bagi post yang paling ceria… Tak kesah la keje ape pun… Puas tak… !! Takde clenner, toilet tak bersih pun org c0mplain… kannn….!!!? .. “

Rata-rata peminat bersetuju dengan respons yang diberikan oleh Noralbaniah. Antara komen-komen tersebut :

” Betul tu… Janji kerja halal.. “

” Clenner rezki yg halal … Yg pnting happy always.. “

” Apa pun pekerjaan kita yg penting kerja tu halal sis.. Semoga Sis Noralbaniah dimurahkn rezeki.. Sihat selalu.. Aminnn.. “

” Terbaik la sis.. Sy sokong u.. “

” Klu ade org pandang cleaner ni hin4.. Salah pemikiran org tu.. Kerje cleaner ni paling mulia berbanding ape yg org tu fikirkan.. “

” Alaa kak.. Biar lah ape org nk pandang kita ni tukang cuci ke ape ke, pandang hin4 ke ape ke.. Yg penting kita kerje.. “

Betul itu,  apa-apa pun pekerjaan tak kisah pun, janji halal.  Lagi pun tiada masalah kerja cuci tandas pun, apa yang nak dihin4nya, kalau tak kerja ada ke orang yang suka mengata tu nak bagikan duit. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Noralbaniah sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Noralbaniah  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..