” Makin comel Cikyam, dah nampak rupa Mawar pulak. Dulu banyak muka Fizo.. ” – Netizen
Perkongsian Fizo Omar Bersama Anak Perempuannya, Wan Maryam Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Bertambah Comel Bila Cikyam Berhijab. Nampak Seiras Muka Mawar. Comel Lah Cikyam !!
Wan Maryam Wan Hafizol nama diberi untuk anak Fizo Omar hasil perkahwinannya bersama Mawar Karim sebelum ini. Bakal menginjak usia 5 tahun pada bulan Disember akan datang, Maryam merupakan seorang anak yang ceria dan penyayang terutama kepada adiknya, Wan Khaleeda.
Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Fizo bersama Maryam. Cantik dengan mengenakan hijab berwarna hitam, penampilan Maryam ini mendapat pujian daripada ramai warganet.
Komen warganet, air muka Maryam kini kelihatan lebih banyak kepada wajah Mawar. Bak kata pepatah, manakan tump4h kuah kalau tidak ke nasi. Jika sebelum ini Maryam dikatakan mirip seperti Fizo, semakin besar dikatakan seperti mamanya pula.
Pendek sahaja kapsyen Fizo kali ini berbunyi ‘ My pet ting ting ‘. Alahai sejuk mata memandang Maryam berhijab seperti ini. Itu belum memasuki fasa remaja lagi, nanti tentu makin cantik dan ada ramai peminat.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Fizo ini telahpun meraih perhatian dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rindu laa budak kerinting ni. Wah dah pandai pakai tudung Comelnya. Moga Fizo sekeluarga sihat dan sentiasa dirahmati Allah. Aamiin.. “
” Cantik cik yam pakai tudung. manis sangat comel maryam macam ibunya. Moga maryam jadi anak yg solehah.. “
” Macam muke cik mawar sekarang cik yam, cantiknya mariam. Cantik nya yam pakai tudung.. “
” Cantek Mariam pakai tudung.. semuga jadi anak solehah. Comelnye.. so sweet anak dan daddy.. “
” Buah hati daddy ni. Comei cik yam pakai tudung.. muka fizo sama macam muka mawar.. “
” Cantiknya Maryam pakai kerudung, makin comel dah nampak rupa Mawar pulak. dulu banyak muka fizo.. “
” Comelnya bila maryam pakai tudung, nampak macam mummynya sangat. besar mesti cun ni.. “
Semoga permata hati pengarang jantung daddy ini membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah, anak yang berbudi bahasa dan tinggi akhlaknya tidak hanya kepada keluarga, malah kepada semua orang di sekelilingnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar, IG Mawar Karim, IG Wan Maryam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..