” Makin cantik lah her0in drama adaptasi novel ni, suka lah tengok Ayu.. ” – Netizen

Kongsi Video Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 12, Penampilan Terbaru Ayu Raudhah Telah Raih Perhatian Ramai. Wan Makin Cantik Dan Berseri-Seri Lah Ayu Sekarang. Anak Ramai Pun, Maintain Je !!

Nama pelakon Ayu Raudhah memang dikenali ramai. Sejak mendirikan rumahtangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha, Ayu tidak lagi aktif dalam bidang lakonan dan lebih memberikan tumpuan terhadap urusan rumah tangga.

Meninjau di akaun Instagram, Ayu telah memuatnaik video bersama suami tersayang sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 12 tahun. Malah Ayu turut berkongsi kata-kata romantik khas buat Zaquan.

Perkongsian video-video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang Ayu kelihatan semakin cantik dan wajahnya berseri-seri. Sebelum ini posting Zaquan seolah menggambarkan bahawa Ayu sekarang sedang hamil anak yang keenam juga telah menerima ucapan tahniah daripada warganet.

Sehingga kini video Ayu tersebut telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai tak pernah tak cantik lah Ayu ni, memang nampak semakin berseri-seri wajah Ayu.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang telah memberikan kata ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat Ayu dan Zaquan serta memuji kecantikan Ayu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy anniversary sweet couple. Makin cantik lah heroin drama adaptasi novel ni, suka lah tengok Ayu.. “

” MasyaAllah berseri-seri wajah Ayu. Selamat ulang tahun perkahwinan Ayu dan Zaquan. Semoga terus kekal bahagia bersama hingga ke anak cucu.. “

” Perkahwinan plg cntik.. Smp sy kawen req colour tiffany blue n makeup mcm Ayu juga. Memang minat Ayu dari dulu lagi.. “

 ” Ayu raudah ni cantik, bahasa dia pun lembut je.. Suka nengok dia dr bujang lg.. Sejuk je nengok dia.. “

” Makin berumur makin cantik lah Ayu, seri ibu mengandung betul. Happy Anniversary Ayu, semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. “

 ” Sama cantik sama padan, suka tengok Ayu lembut je wajahnya. Rindu nak tgk Ayu berlakon balik lah.. Semua drama Ayu dlu best2.. “

 ” Cantik sungguh… Ayu Raudhah, dr dlu hingga skrg maintain je. Tahniah sambut ulang tahun perkahwinan ke 12 tahun.. “

Wah sekejap masa berlalu, rupanya dah 12 tahun usia perkahwinan Ayu dan Zaquan. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Ayu serta Zaquan. Semoga ikatan perkahwinan kalian akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ayuraudhah_7

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..