” Makin cantik Kak Wa ni.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Penyanyi Salwa Abdul Rahman Di Usia 55 Tahun Yang Tetap Anggun Dan Menawan. Wah, Memang Awet Muda Sungguh !!

Masihkah anda ingat dengan penyanyi Salwa Abdul Rahman ? Beliau merupakan penyanyi era 1980-an yang popular dengan lagu seperti Cub1t-Cub1t Sayang, Satu Dua Kau, Rindu Merindu dan Boh0ng Ah Boh0ng. Salwa sememangnya cantik dan anggun sejak dari dulu lagi.

Walaupun kini beliau sudah berusia 55 tahun namun beliau masih kekal cantik dan menawan malah wajahnya tidak dimamah usia. Menerusi majalah nona, rahsia kecantikan Salwa telah dikongsikan bagaimana beliau masih kekal awet muda.

Beliau pernah menggunakan hampas kelapa sebagai lulur di tangan dan seluruh badan kerana zaman dahulu tiada produk kecantikan dijual di pasaran. Namun begitu, menggunakan hampas kelapa ternyata membuatkan kulit badan menjadi lembut dan berminyak.

Menjenguk ke laman Instagram Salwa, beliau sering berkongsi aktivitinya kepada peminat. Kebanyakan peminat memuji kecantikan beliau dan di antaranya gambar yang dikongsikan oleh beliau di bawah yang begitu menarik perhatian ramai.

Jom kita baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen kagum dengan kecantikan Salwa. Antara komen-komen mereka :

” Makin cantik Kak Wa ni.. “

” Sentiasa menjaga penampilan…. kak wa cantik.. “

” Cantik nya akak salwa… Hidung cantik sangat.. “

” Walaikummussalam… Akakkkkkkk Manis.. Moga kehidupan diberkati olehNya hingga ke Jannah.. Aamiin… “

” Wslam.. selamat pagi salwaabdrahman1 yang cantik manis .. “

Memang cantik dan anggun Salwa. Tidak nampak seperti sudah berusia 50 an. Semoga Salwa diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Pastinya ramai peminat beliau yang masih merindui suara Salwa Abdul Rahman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Salwa Abdul Rahman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..