” Mak pun macam sebaya je dengan anak-anak, awet muda.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Percutian Luar Negara Datin Anne Ngasri Sekeluarga Raih Perhatian Ramai. Wah Maintain Muda Betul Anne Ni. Nampak Sebaya Jer Dengan Anak-Anak. Anak Pun Lebih Tinggi Daripada Anne Dah !!
Meninjau ke akaun Instagram Datin Anne Ngasri, perkongsian beberapa gambar ketika mereka sekeluarga bercuti ke luar negara telah meraih perhatian ramai. Ini kerana penampilan Anne bersama anak-anak seperti adik-beradik sahaja.
Menurut Anne, ini merupakan percutian pertama mereka setelah tiga tahun tidak dapat pergi ke luar negara. Lebih bermakna lagi percutian kali ini dapat dikumpulkan bersama kesemua anak-anak mereka dan semuanya sudah meningkat remaja.
Anne telah berkongsi gambar ketika mereka berada di lapangan terbang KLIA sebelum berangkat dan juga gambar ketika berada di sana. Gambar Anne bermain ski bersama anak-anak nampak seperti kakak bersama adik-adik sahaja.
Perkongsian Anne ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet buat masa ini. Wah semestinya seronok percutian kali ini di kala musim sejuk. Walaupun anak ramai namun mudah diuruskan kerana kesemuanya sudah besar.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Anne yang nampak maintain dari zaman bujang sehinggalah mempunyai anak yang sudah besar. Antara komen-komen yang diberikan :
” Happy holiday k.anne family.. Semoga dipermudahkn segala urusan nya Aaminnn.. Alhamdulillah bestnya ank ramai meriah.. “
” Alahai dh mcm Dato bw semua anak2 jalan je ni , tak nmpk mama nya.. Best tgok family ni.. sentiasa happy.. “
” Hepy holiday annengasri_official and dato sumali.. wahh.. walaupun anak kak ramai.. akak tetap awek muda.. ”
” Happy holiday semua. Ala comelnye la maknya.. mak nampak sebaya anak.. Mak ngn anak2 seperti adik beradik.. “
” Happy holiday.. tp yg heran kenapa la.. mama nyer tak besar besar.. Alhamdulillah Happy holiday windu semua la.. “
” Alaaa bestnyaaaa anak besar dah senang Have fun.. mak pon mcm sebaya je dgn anak2…awet mudeeee.. ni bawak ank² ke bawak adik² jln.. “
” Happy anniversary annengasri_official dan happy holidays.. mak nye jugak yang maintain comei tak beso.. Mamanya maintain cute… senyman menggoda selalu.. aamiin.. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Anne sekeluarga. Pastinya percutian kali ini sangat bermakna kerana setelah 3 tahun tidak dapat menjejakkan kaki ke negara luar. Jaga diri dan jaga kesihatan di tempat orang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..