” Macam tengok Harris pulak yang pakai tudung, haha.. ” – Netizen

Intan Ladyana Kongsi Gambar Terbaru Anaknya, Evie Khadeeja Yang Dipakaikan Tuala Ala-Ala Tudung. Alahai Comelnya Evie, Harris Junior Sangat. Azam Tahun Baru Evie Berhijab Kata Intan, Hehe !!

Tahun 2022 men1nggalkan banyak memori indah buat pelakon wanita cantik, Intan Ladyana dan pasangannya, Harris Alif. Dikurniakan oleh Allah dengan seorang anak perempuan, si kecil ini dinamakan sebagai Evie Khadeeja.

Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi, Evie bakal menginjak setahun usianya. Membesar dengan sihat, wajah Evie seringkali menjadi perhatian setiap kali gambar atau videonya dikongsikan kepada umum.

Meninjau akaun Instagram Intan Ladyana, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Evie. Dengan ucapan selamat tahun baru 2023 tertulis di ruangan kapsyen, Intan turut bergurau dengan mengatakan azam tahun baru Evie adalah mula berhijab.

Dengan sehelai kain tuala kecil yang diletakkan di atas kepala Evie seperti tudung, Evie kelihatan sangat comel. Redha sahaja muka Evie dipakaikan sedemikian. Selepas ini tentu banyaklah koleksi tudung Evie, hehe.

Jom baca perkongsian di bawah :

Lebih 2 ribu tanda suka telahpun dicatatkan untuk perkongsian oleh Intan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Happy new year Evie, semoga istiqomah ye Evie haha. comel comel, Haris junior sangatlah Evie ni.. “

” Comelnya sebijik muka daddy nyer. Macam tengok Haris pulak yang pakai tudung haha. very very cute Evie sayangku.. “

Alahai Evie, bertambah comel bila dipakaikan ala-ala tudung sebegitu. Bak komen warganet, seiras muka daddynya, sudah seperti melihat Haris versi perempuan yang berhijab, hehe. Anak daddy sungguhlah Evie ni.

Semoga Evie membesar menjadi anak yang solehah, anak yang berbudi bahasa dan lembut tutur katanya, menjadi insan yang berguna tidak hanya kepada kedua ibu bapa, malah kepada semua orang di sekeliling Evie apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Intan Ladyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..