” Macam muka Jep sekali lalu. Bila senyum macam Zul Ariffin.. ” – Netizen

Sari Yanti Kongsi Video Anak Sulungnya, Barr Al-Aliy Yang Tidak Sabar Hendak Makan Durian Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Lah Barr, Makin Handsome Dan Manis Orangnya. Ada Yang Cakap Ada Iras Zul Ariffin, Lebih-Lebih Lagi Bila Senyum !!

Umum mengetahui Sari Yanti mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulunya. Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq, kedua-duanya mewarisi wajah cantik Sari. Baik Barr mahupun Baasir, dua adik beradik ini sangat penyayang dan pandai menjaga adik-adik yang lain.

Meninjau akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Barr yang tidak sabar hendak makan buah durian. Coret Sari di kapsyennya, Barr ini memang cukup gemar akan raja buah ini.

Cerita Sari lagi, selesai solat Barr laju-laju membaca doa kerana sudah terbayang durian yang tersedia di meja. Manis sangat anak sulung Sari ni, sedar tak sedar Barr telahpun 12 tahun usianya sekarang. Bakal menginjak ke alam remaja tak lama lagi Barr ye.

Dengan senyuman manisnya, Barr tersenyum sahaja dan meminta untuk bersalam dengan Sari. Kedengaran juga suara Jep menegur Barr tidak membaca doa selepas solat. Wajah Barr ini dikatakan oleh peminat seakan-akan Jep dan Zul Ariffin di ruangan komen.

Jom tonton video di bawah :

 

Perkongsian oleh Sari ini telahpun mendapat hampir 25 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Besar dah anak terun4 ni, macam Zul Ariffin pulak aku tengok anak bujang Sari ni. Manis mukanya.. “

” Handsome boy, baik budaknya ni. Macam muka Jep sekali lalu. Bila senyum macam Zul Ariffin.. Anak bujang dah Barr.. “

” Anak-anak dah besar tapi ibunya still nampak muda je. Dagu semua dagu Sari eh, semua tau. Dari si Barr sampai ke Bakr.. “

” Dah besar dah anak bujang tu, handsome boy. Macam ada iras Jep sekali pandang, manis senyum tu.. “

” Besar dah anak sari.. handsome.. ada tahi lalat lak lagi… senyum manis tu. aii lah ramai peminat ni.. “

” Wah dah besar Barr, handsome anak teruna tu. Manis macam muka Jep, sejuk je tengok muka dia.. “

” Besar dah anak bujang Sari Yanti. Handsome boy manis je senyumannya. Lama tak post gambar Barr tengok-tengok dah besar.. “

Hai lah Barr, tu mesti r1sau duriannya lesap semua sampai cepat-cepat baca doa. Anak sudah besar tetapi mamanya tetap maintain awet muda. Apa-apa pun, semoga Barr sentiasa menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..