” Macam dalam drama pula, pengantin lelaki malu-malu tapi mahu.. ” – Netizen

Video Reaksi Wan Emir Astar Ketika Duduk Rapat Bersama Mira Filzah Dan Sesi Sarung Cincin Pengantin. Alahai Pengantin Baru Malu-Malu Pula, Sweet Sangat !!

Setelah sekian lama peminat menantikan siapakah jejaka yang berjaya menambat hati pelakon cantik manis Mira Filzah, akhirnya segalanya terjawab apabila Mira telah pun selamat bergelar seorang isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar semalam.

Majlis pernikahan pasangan ini telah dilangsungkan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara telah dibawa secara eksklusif melalui program MBuzz yang bersiaran di TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit. Selain itu, siaran langsung majlis pernikahan mereka juga boleh disaksikan di channel YouTube TV3.

Untuk pengetahuan, pasangan ini bertemu buat kali pertama pada Oktober lalu. Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember lalu. Akhirnya, selepas dua bulan mengenali hati budi, Mira dan Emir memilih malam semalam untuk disatukan sebagai suami isteri.

Menerusi akaun Instagram Inaijari, beberapa video ketika berlangsungnya majlis pernikahan pasangan ini telah dikongsikan untuk tatapan para peminat. Video ini diambil daripada Instagram Story Shalma Ainaa yang merupakan biras kepada Mira.

Apa yang menarik perhatian ramai peminat ialah sikap malu-malu pasangan ini ketika berada di pelaminan. Alahai comel dan sweet sangat. Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video-video seterusnya.. )

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan ramai yang memuji sikap Emir yang nampak malu-malu. Antara komen-komen mereka :

” So sweet g1ler, canteknyer mira filzah…… “

” Macam dalam drama pula, pengantin lelaki malu-malu tapi mahu.. “

” Alalalala… Sweetnya…  suke tgk wanemirastar malu2. untung dpt laki yg jnis malu2 cmni kan.. “

” Slide kedua tu dia kata i love u more percayalah.. Selamat pengantin baru… sepadan.. ”

” Selamat pengantin baru mira dan suami…semoga bahagia hingga ke jannah.. “

” Tahniah .Slmt pengantin baru #mirafilzah dan pasangan.smoga kekal bahagia Smpai kejannah.amin.. “

Sama cantik dan sama padan seperti kata pepatah bagaikan pinang dibel4h dua. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru buat Mira Filzah dan suami. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inai Jari, Shalma Ainaa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..