” Macam bapak dia je yang tak0t cat tu, muka cu4k je.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Bersama Anaknya, Dariya Inara Beraya Di Kampung. Part Dariya Cakap Hai Pada Kucing Tapi Lepas Tu Patah Balik Tu Kelakar. Ni Anak Ke Abahnya Yang Tak0t Kucing. Comel Sangat !! 

Pelawak terkenal Jep Sepahtu dan pasangannya pelakon Sari Yanti antara pasangan pilihan ramai. Sikap mereka yang merendah diri dan sentiasa bersederhana membuatkan peminat menyenangi keluarga ini. Sari sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Barr dan Baasit.

Anak pertama mereka, Dariya Inara antara anak selebriti yangg sering mendapat tumpuan peminat. Memiliki mata yang besar, Dariya digelar oleh peminat sebagai anak abah kerana ungkapan yang Jep selalu sebut terhadap Dariya. Jep ketua keluarga yang bertanggungjawab dan nampak penyayang tidak hanya kepada Dariya malahan juga anak-anak tirinya.

Sebagaimana orang lain, kali ini pasti meriah menyambut hari raya Aidiladha di kampung setelah Aidilfitri yang lalu tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Jep dan Sari juga turut pulang ke kampung Sari di Negeri Sembilan untuk meraikan bersama-sama keluarga tersayang. Berbagai-bagai ragam bila semua berkumpul bersama, meriah sangat.

Meninjau akaun Instagram Dariya Inara, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dariya bersama Jep beraya di kampung. Dariya yang teruja melihat kucing sedang bergolek-golek itu cuba menghampiri kucing tersebut namun berpatah balik apabila dengar suara Jep di belakang.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Hi kat cat 🐈

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on

Gelagat Dariya ini mencuit hati ditambah reaksi Jep di belakang yang mengus1k Dariya menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Ya Allah dariya, sebijik muka mama. besar nanti mesti lawa mcm mama.. “

” Macam bapak dia je yg takut cat tu. Muka cu4k je haha.. “

” Comellll dah besar mesti cantikkk hihi. may u grow up and be a good daughter okay dariyaaa.. “

” Baaapak ko pun.. Dariya br nak mesra2 ngan cat ko dah alamak2. Lucu la Jep.. “

” Mcm pandang mama dia Sari Yanti versi kecil jee.. “

Makin comel Dariya dengan baju kurungnya itu, terkedek-kedek berlari dapatkan abahnya. Mulut panggil cat sambil hai lagi pada cat. Comel sangat la Dariya sayang. Apa pun, semoga Dariya membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya dewasa kelak. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dariya Inara, IG Sari yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..