” Macam arw4h Siti Sarah kan layan suami dengan penuh santun.. ” – Netizen

Video DS Nurheliza Helmi Memakaikan Stokin Suaminya, DS Mahadi BZ Buat Peminat Teringat Pada Arw4h Siti Sarah Raisuddin. Sama Macam Amalan Yang Sarah Praktikkan Dulu. Bagus Heliza, Isteri Solehah !!

Masih ramai yang merasa seakan tidak percaya bahawa Datin Seri Nurheliza Helmi kini sudahpun bergelar seorang isteri. Tidak hanya peminat, malahan DS Heliza sendiri sehingga ke hari ini masih belum percaya dia sudahpun bersuami.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Seri Mahadi BZ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat DS Heliza melayani suaminya ini. DS Heliza yang memakai baju songket berwarna biru untuk majlis resepsi mereka yang berlangsung semalam di dewan Bizmilla.

Cerita DS Mahadi di kapsyennya, mereka pada ketika itu sudahpun bersiap untuk keluar daripada bilik. Namun DS Mahadi terlupa memakai stokin dan isteri kesayangannya itu membantu untuk memakaikan stokin ke kakinya.

Alhamdulillah, isteri solehah yang melayani suami dengan ikhlas pasti diberi ganjaran pahala. Berharap agar rumahtangga mereka ini dirahmati Allah, DS Mahadi juga mendoakan agar semua pasangan diberikan sakinah mawaddah warahmah till jannah.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat DS Heliza ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan sehingga kini lebih 15 ribu likes direkodkan. Antara komen-komen peminat :

” Rasa nak blender je phone ni, isteri solehah sungguh ni. Macam arw4h Siti Sarah kan layan suami dengan penuh santun.. “

” Bila tgk heliza pakaikan stoking utk suami tercinta. Tiber teringat arw4h siti sarah raisuddin sering pakaikan suaminya Shuib stoking. Allahu hebat bidadari syurga Shuib, moga syurgalah tempatnya.. Al fatihah.. “

” Ni bukan bersemut ni, ni dah kilang gula tump4h namanya. Semoga terus bahagia sampai syurga. Best sangat tengok pasangan ni, macam tak percaya kak ja dan kawin.. “

” Sweet sungguh, suami isteri soleh dan solehah. pasangan yang hebat, semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.. “

” Practise makes perfect, so sweet kak ja. Moga terus jadi contoh terbaik, isteri solehah. Untungnya Abe Dee.. “

” Cutenya isteri, masya Allah dalam 10 orang isteri cuma ada 1 org yg mau buat begini.. selagi tidak d pinta suami.. jd bersyukur lh kalau isteri pd ikhlas buat begitu.. teruskn utk isteri mendapat pahala dan keredaan suami smpi bila-bila.. “

” Auto d1abetes la macam ni, sweet sangat-sangat. Makin banyak pahala kakja. Sbelom kawen byk tolong orang. Lepas kawen jadi isteri solehah pulak.. “

” Sweet Abang Dee cur1 cur1 ambik video ni, Datin tak tahu pun. Alhamdulillah sweetnyee.. nikmati waktu berdua bersama-sama sweet cmni.. sweet till anak cucu Aaminn.. “

Seronok peminat melihat kebahagiaan DS Heliza sekarang, bagus praktis untuk menjadi isteri yang sempurna untuk sang suami. Lagi-lagi suami adalah ladang pahala untuk isteri. Semoga berbahagia selalu DS Heliza dan DS Mahadi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mahadi BZ, IG Heliza Helmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..