” Macam anak orang Turki je awak ni.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Anak Emma Maembong, Shariq Gabriel Ketika Di Tanah Suci Raih Perhatian Ramai. Alahai, Comel Betul Shariq Pakai Jubah. Dah Macam Anak Orang Arab !!

Umum mengetahui yang Emma Maembong dan suami, Shazli Azhar serta anak mereka, Shariq Gabriel kini berada di Tanah Suci menunaikan umrah. Meninjau ke akaun Instagram, beberapa gambar Shariq di sana telah dikongsikan.

Gambar-gambar gelagat Shariq ini telah meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Shariq kelihatan sangat comel mengenakan jubah berwarna putih dan disarungkan jubah hitam.

Wajah Shariq yang sememangnya memiliki dar4h kacukan dilihat seperti seorang kanak-kanak Arab sahaja. Shariq dilihat sangat gembira di sana dan tidak duduk diam. Ada gambar yang memaparkan Shariq berlari dan juga duduk.

Turut serta menunaikan umrah bersama Emma ialah adik Emma iaitu Ahmad Maembong yang merupakan seorang 0KU. Gambar terakhir yang dikongsikan memaparkan Ahmad memegang Shariq ketika duduk di atas kerusi roda.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya .. )

Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat kecomelan Shariq. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Macam anak orang Turki je awak ni.. handsome sangat sayang.. comell.. Masya Allah.. anak soleh.. happy as always.. “

” Dady dan ank serupa orang arab.. handsome boy.. Comel btl la dia ni.. ger4m.. mata tu ger4m sangat eh.. “

” Ee budak ni comel betul laa tauuu.. ehh kt sana lagi ye.. budak comell.. ger4m tengok budak ni.. somelll sangat.. “

Menunaikan umrah bersama anak yang masih kecil sebenarnya agak mencabar dan memerlukan kesabaran. Namun ia merupakan satu pengalaman yang indah apabila melihat anak turut serta merasai pengalaman berada di sana.

Alahai, memang ger4m melihat si comel Shariq. Semoga segala urusan menunaikan umrah oleh Emma dan suami dipermudahkan sehingga selesai. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shariq Gabriel, Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..