” Macam Abby dan Memey la pulak.. ” – Netizen
Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Bercuti Dengan Tengku Zawyah Serta Keluarga Mereka Buat Peminat Kagum. Wahhh Mesranya, Seronok Tengok Keluarga Besar Ini !!
Dato’ Siti Nurhaliza kini sedang bercuti bersama keluarganya meraikan hari lahir cucu-cucunya dan Hari Bapa. Dato’ Siti juga turut berkongsi gambar sekitar percutian tersebut dengan peminat-peminatnya menerusi akaun Instagram. Turut sertai percutian tersebut adalah bekas isteri Datuk Khalid iaitu, Tengku Zawyah bersama suami dan anak-anak mereka sekeluarga yang lain.
Memandangkan kini selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) telah membenarkan merentas negeri dan bercuti dalam negara sahaja, Dato’ Siti telah memilih destinasi untuk berehat bersama keluarga di Tiara Escapes yang dimiliki oleh Datin Seri Tiara Jacquelina bersama suaminya, Datuk Seri Dr Effendi Norwawi di Janda Baik, Bentong, Pahang.
Meriah betul melihat keluarga besar ini bersama-sama meraikan hari lahir cucu dan Hari Bapa. Tengku Zawyah turut berkongsi di akaun Instagramnya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh keluarga besar mereka sepanjang berada di Tiara Escapes. Memang nampak seronok betul !!
Turut tidak ketinggalan Dato’ Siti juga berkongsi gambar kenangan bersama menantu-menantu perempuan iaitu Tya Arifin, Alyssa Hisham bersama Tengku Zawyah. Seronok betul melihat keakraban yang terjalin antara Dato’ Siti dan Tengku Zawyah bersama anak-anak dan menantu-menantu mereka.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Video percutian keluarga besar Dato’ Siti Nurhaliza dan Tengku Zawyah
Perkongsian tersebut turut mendapat pujian daripada ramai netizen. Rata-rata kagum dengan sikap Dato’ Siti dan Tengku Zawyah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” MashaAllah.. Seronoknya tgk dua2 fmly holiday bersama.. This is amazing family.. Bagusnyaaaa… Respect each other… “
” Couldn’t be more happier for you and your big happy family.. Family besar dan bahagia ! Bestnyaaa.. Macam Abby dan Mimi la pulak.. ”
” Masya Allah…. Hebat.. Family favorid saya ni bahagia selalu mak iti ctdk and mak Tengku Teezac salam dari Indonesia… Semoga saya dapat berjumpa dengan mak Iti and smua.. “
” Masya Allah ctdk, teezac suka lihat family ini akur. Harmonis tiap hari stay lihat story mereka ini sehat selalu mak iti dan ibu Teezac.. Inspirasi sekali lah pokoknya kedua keluarga ini.. Semoga bahagia selalu ke 2 family ini Aamin.. “
” Satu lagi contoh dua keluarga yg cantik dn harmoni. Stay blessed.. Best nya tgk family ni.. Semoga kebahagian ini kekal hingga akhir hay4t.. “
” Kasih syg kerana Allah… salah satu lgi family contoh… salute.. Suka sgat tguk family teezac dan tok ti ctdk.. Sedap suara tyaarifinnw.. “
” Happy fmly.. happy faces… happilly ever after till Jannah… Alhamdulillah… Aamiin… Salute u dearest sis kakdik Datin.. teezac… org sekampung SP.. huhu Miss u so much sis… Tk care ya.. “
Seronoknya, harmoni betul melihat keluarga besar ini bersama-sama bercuti. Memang patut pun menerima banyak pujian daripada ramai, memang terbaik. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga silaturrahim antara dua keluarga ini sentiasa diberkati oleh Allah dan sentiasa aman damai. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Tengku Zawyah, Tya Arifin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..