” Love sangat dengan puteri CP. Muka c0py mommy sangat dah ni.. ” – Netizen
Gambar Percutian Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim Bersama Anaknya, Areesya Malaykha Jadi Tumpuan. Halah Halah Si Kecil, Makin Comel Dan Makin Manis Senyumannya. Sebijik Macam CP !!
Nama bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim cukup dikenali ramai. Sering dipanggil peminat dengan gelaran Cik Puan, CP Azrinaz dahulu pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Perkahwinan ini dikurniakan dua orang cahayamata iaitu seorang puteri dan seorang putera. CP Azrinaz kemudiannya bertemu jodoh bersama Fairos Khan Abdul Hamid yang juga merupakan rakannya. Menerusi perkahwinan ini, CP Azrinaz mendapat seorang anak perempuan diberi nama Areesya Malaykha.
Tentu peminat masih ingat ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Malaykha yang grand dan meriah. Anak kesayangannya ini diraikan dengan menampilkan caraosel yang berpusing di tengah-tengah dewan yang menjadi tarikan pada majlis ini.
Meninjau akaun Azrinaz Mazhar, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama anaknya Malaykha yang sedang bercuti di Pulau Redang. Malaykha yang tersenyum girang apabila dapat berendam dalam air nampak sangat comel wajahnya itu. Semakin nampak iras seperti CP Azrinaz lah Malaykha sekarang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wajah dan senyuman Malaykha yang manis ini menarik perhatian netizen. Suka betul Malaykha bila berada di laut sampai tersenyum lebar. Antara komen-komen :
” Love sgt dgn puteri CP. Active sgt n dah blh nmpk dia very smart girl.. “
” Malaykha is such a brave baby and adventurous too.. “
” CP junior sgt ni, cepat je dia besar. Comel sangat senyuman tu.. “
” I love this baby girl. Happy always. Muka c0py mommy sangat dah ni.. “
” Alololo chomeynya, kalau dgn air excited betul dia.. “
” Alolo… Comel sungguh senyum, Cute sangat Malaykha.. “
” Muka galaknya la, seronok sungguh la tu dpt main air.. “
Manis sungguh wajah si kecil Malaykha ini sudah lain wajahnya dari ketika bayi dahulu. Kecil-kecil sudah sukakan aktiviti adventure, dewasa nanti boleh join mommy lah buat aktiviti bersama-sama. Apa pun, semoga Malaykha membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..