” Lofa punya cebik tu 40 inci lebar. Dengan aku cebik sekali, haha.. ” – Netizen

Video Reaksi Wajah Anak Perempuan MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Apabila Disakat Oleh Abahnya Buat Ramai Terhibur. Alahai Muka Mencebik Tu Comel Sangat Lah Lofa !!

Memilih nama Nur Aisywara Nealofa untuk anak keempatnya ini, MUA Bellaz telah pun dikurniakan oleh Allah dengan 4 orang cahayamata. Baby Wara atau baby Lofa, itu yang dipanggil oleh warganet buat anak bongsu MUA Bellaz ini.

Pada perkongsian terdahulu, MUA Bellaz ada berkongsikan gambar yang memaparkan Bellaz memakaikan baju Mc’Donald kepada Nealofa. Banyak juga gambar-gambar Nealofa yang menarik perhatian ramai kerana kecomelannya itu.

Meninjau entry terbaru MUA Bellaz di akaun Instagramnya, satu video terbaru Nealofa dimuatnaik. Kedengaran suara suami MUA Bellaz, Mat Nuard sedang mengusik Nealofa. Memanggil nama Nealofa dengan nada suara tinggi, mimik muka Nealofa nampak melucukan.

Pandai betul si kecil ini, sudah tahu membezakan intonasi suara abahnya. Abahnya pun bukan main lagi menyakat anak. Cute betul apabila Nealofa membuat mulut seperti itu. Berubah-ubah mimik mukanya, sekejap seperti hendak menang1s dan selepas itu muka senyum pula.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh MUA Bellaz ini telahpun meraih lebih 50 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen warganet :

” Haha pak pun mengusik tu la haha, comel sangat ni Lofa. Ishh ger4m aihh, jebek dia masya Allah ger4m nak c1um.. “

” Uih sed1h sangat Lofa tu, kes1an dia. Abah tu pun kuat nah menyakat anak haha. Amb0i-amboi mainkan perasaan ek haha.. “

” Pak hang pun kuat ngusik eh. Nak menang1s ke nak senyum ni Lofa. Eeeii ger4m tengok muka jebek tu.. “

” Cebik bergenang ayaq mata Lopa haha. Alolo kes1an aihh dia. Paknya memang kaki menyakat anak sungguh naa.. “

” Lofa punya jebek tu 40 inci lebaq, dengan aku aku jebek sekali haha.. Alaa comelnya Lofa ni.. confius Lofa nak nang1s ke nak ketawa haha.. “

” Comeynyaaa buat muka sebek pun… muka dah nmpk nk iras mcm Aidil, Yusuf pun ada ni.. “

” Jebek jebek tu manis la.. eii Mat Nuad ni memang nak kena pulaih telinga haha. Sakan menyakat anak ni.. “

Lagi lah bertambah ger4m melihat muka comel Nealofa ni. Abahnya menyakat sepuas hati nampaknya ini, ada yang kena pulas telinga abah ni nanti, hehe. Apa- apa pun, semoga Aisywara Nealofa sihat-sihat selalu dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..