” Lembutnya dia buat kerja dapur, macam mama dia betul lah.. ” – Netizen

Video Anak Perempuan Datin Seri Nur Shahida Rashid, Qadejah El Zahra Yang Mahir Memasak Di Dapur Mendapat Pujian Warganet. Alahai Cess, Dah Lah Cantik, Pandai Memasak Pula Tu !!

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Rashid. Kedua-dua mereka juga mempunyai ramai pengikut di ruangan media sosial.

Meninjau di akaun Instagram, Datin Seri Shahida telah berkongsi satu video yang memaparkan anak perempuannya, Qadejah El Zahra sedang memasak di dapur. Qadejah atau lebih dikenali dengan panggilan Cess ini telah memasak makanan laut iaitu udang.

Tulis Datin Seri Shahida, memandangkan keadaannya sekarang sudah sarat hamil, Cess telah bergilir-gilir membantunya memasak. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet kerana Cess dilihat sangat cekap memasak dan gayanya saling tak tumpah seperti Datin Seri Shahida.

Dalam pada masa yang sama, video yang dimuatnaik ini telah meraih ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai dah besar anak d4ra Datin Seri Shahida seorang ini, sudah boleh diharap memasak sekarang ini.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai video Cess memasak, ramai yang menyatakan yang semakin Cess membesar, Cess kelihatan cantik. Antara komen-komen menarik adalah :

” Lembutnya dia buat kerja dapur, macam mama dia betul lah.. Pakej lengkap anak dar4 Datin ni, cantik pandai masak.. “

” If anak org Kaya.. Didikan sungguh bagus…Moga Cess akan berjaya dunia, akhirat dan menjadi anak yang solehah.. Aamiin.. “

” Baguss Cess even dibesarkn dlm kluarga senang dn mewah ttp ke dapur. yg penting ringan tulang bantu mama.. “

” Suka tgk Qadejah ni sbiji lembut sopan mcm datin. Kecik2 dah belajar ke dapur, wlpun anak dato datin.. Semoga mnjadi ank solehah yang berjaya didunia akhirat Cess.. “

” Bagusnyer Cess tak kekok pun kat dapur, lega hati mama dapat anak dar4 yang dah boleh diharap di dapur.. “

” Wahh bagus betul Cess, rajin memasak betul rupanya anak kesayangan Dato Aliff ni. Moga jadi anak yang solehah Cess.. “

” Besar dah Cess.. Cepat masa berlalu, sekarang dah pandai masak dah haaa.. Cantik pula tu macam mama dia sebiji.. ” 

Untung Datin Seri Shahida, ada anak yang rajin dan boleh diharap. Makin cantik Cess sekarang, malah kelembutannya juga persis Datin Seri Shahida. Apa-apa pun semoga anak-anak Datin Seri Shahida terus membesar menjadi anak-anak yang baik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..