” Lawanya rumah Cik Piah, bersih je. Luar dalam cantik rumah Cik Piah ni.. ” – Netizen

Kongsi Video Sedang Mop Lantai, Hiasan Dalaman Rumah Feeya Iskandar Cur1 Perhatian Warganet. Wah Cantik Betul Dekorasi Rumah Cik Piah. Lantai Berkilat Boleh Buat Cermin Ni. Mop Tu Legend Betul, Hehe !!

Siapa tidak kenal dengan penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau nama glamournya Cik Piah. Celoteh Cik Piah menghiburkan ramai pengikut setia Suria FM. Tidak hanya di konti, di rumah juga Cik Piah seorang yang suka bercakap.

Meninjau akaun Instagram Feeya Iskandar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan celoteh Cik Piah ketika sedang mop lantai ruang tamu rumahnya. Kata Cik Piah, sebelum dia ber ‘me time’ , rumah perlulah dibersihkan sehingga licin berkilat.

Kelihatan sama anak bongsu Cik Piah diletakkan di dalam baby cot kerana kata Cik Piah jika dibiar bebas bergerak, tidak akan selesai tugasan mop rumah Cik Piah ini. Apa yang menarik perhatian peminat adalah kekemasan rumah Cik Piah.

Tersusun dan nampak cantik sekali dekorasi dalaman rumah Cik Piah ini. Betul kata Cik Piah, jika rumah sudah kemas dan bersih, barulah rasa lega. Biasanya kaum ibu-ibu begitulah, semuanya hendak nampak cantik di mata.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Cik Piah ini telahpun meraih lebih 2000 tanda suka daripada peminat setakat ini. Antara komen-komen peminat :

” Walaupun ada mop yg canggih kononya.. Mop lagend ni jgak pilihan hati kan. Cik Piah kalau nak beli vacuum yang ada mop sekali roger la saya haha.. “

” Bersih dan cantik rumah Cik Piah. Lawa dooh dalaman dan susun atur barang tu. Boleh buat tilik muka lantai tu.. “

” Cantik rumah Cik Piah, mop rope ni jugak puas dari yang pusing-pusing tu haha. Rare betul mop.. “

” Love sangat rumah Cik Piah. Cik Piah mengemas pun bercakap, betul lah DJ haha.. Nikmat kalau rumah bersih ni.. “

” Lawanya rumah Cik Piah, dah silau dah tu cik piah. Bersih je rumah, tenang tengok. Luar dalam cantik rumah Cik Piah ni.. “

” Bagus lah cik piah ni, pakai mop tradisional lagi hehe. Besarnya rumah cik piah, cantik eh dalaman. Bersih pulak tu.. “

” Comelnya rumah cik piah ni. cleaning house tu pun exercise hehe. Karpet cik piah cantik sangat, berkenan tengok.. “

Rumahku syurgaku betullah rumah Cik Piah ni, tenang sahaja mata memandang. Sesungguhnya kebersihan itu adalah separuh daripada iman. Apa-apa pun, semoga Cik Piah sentiasa happy selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Feeya Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..