” Lawanya Auntie Purple, nampak lain terus, auto muda.. ” – Netizen

Video Dato’ Alha Alfa Menyolek Wajah Auntie Purple Raih Pujian Warganet. Wow Cantik Sangat Hasilnya, Sekali Pandang Macam Elfira Loy Lah Pulak Auntie Purple !!

Bagi yang mengenali jurusolek terkenal, Dato’ Alha Alfa ini pasti mengetahui yang Dato’ Alha sering berkongsi video makeup tutorial di akaun Instagram. Dato’ Alha juga sering menjadi pilihan selebriti tanah air sebagai jurusolek untuk hadir ke majlis-majlis besar mahupun raja sehari.

Meninjau di akaun Instagram, Dato’ Alha ada memuatnaik satu video hasil solekannya yang terbaru. Namun apa yang menarik kali ini, gerangan yang menjadi pilihan Dato’ Alha untuk dijadikan model makeup nya adalah Auntie Purple.

Sudah pasti ramai yang mengenali Auntie Purple ini atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin yang sangat suka mengumpul dan memiliki apa jua barang yang berwarna purple. Perkongsian video Dato’ Alha itu telah menarik perhatian warganet.

Selain Dato’ Alha, Untie Purple juga turut berkongsi gambar hasil solekan Dato’ Alha di akaun Instagram dan mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Alha kerana sudi menyolek wajahnya. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Dato’ Alha telah menerima lebih 20 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan hasil solek Dato’ Alha terhadap Auntie Purple dan memuji Auntie Purple kelihatan cantik. Antara kata-kata pujian tersebut adalah :

” Lawanya Auntie Purple, nampak lain terus, auto muda. Lepas makeup igtkan tadi Elfira Loy, lagi2 part kening tu.. “

” Alaaaaa cantek nye untie dh la gaya muda jelita sekali makeup mcm tu auto berseri2 lah. Memang terbaik lah solekan Dato Alha.. “

” Waahh terus kebaboomm auntie purple. Nampak muda banyak tahun, style tudung pun menarik.. “

” Cantikk terukkkk teringin nak sentuhan makeup dato, dah nak convo ni mana tahu dapat jadi next model makeup, hehe.. “

” Kagum arr kalau tengok hasil Dato Alha makeup orang, terus jadi cantik 10 kali ganda, memang power lah.. “

” Wowwwww lain macam jadinya. Nampak muda lain terus muka auntie purple. Boleh tak sy next model, hahaha nk juga jadi cantik.. “

” MasyaAllah cantiknyaaaa. Nampak aunty muda sgt. Berkali2 saya ulang tengok video ni tau, terpersona lah.. “

Wow memang cantik Auntie Purple, sekali pandang ada iras Elfira Loy. Fesyen tudung yang digayakan oleh Auntie Purple pun mainkan peranan, nampak muda wajah Auntie Purple. Apa-apa pun semoga Dato’ Alha dan Auntie Purple terus maju jaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG alhaalfa, auntie_purple248

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..