” Lawak je Cik Yam ni, macam mak-mak dah tengok. Hahaha.. “

Fizo Omar Kongsikan Gelagat Anaknya Maryam Setiap Kali Bersiap Untuk Keluar. Alahai Pandainya Cik Yam !!

Fizo Omar dan Mawar Karim satu nama yang pernah hangat meniti di bibir peminat satu masa dahulu. Fizo yang terkenal sebagai pelakon, manakala Mawar pula dikenali melalui perniagaan tudung berjenama Fareeda. Peristiwa Fizo melamar Mawar untuk dijadikan isteri mendapat liputan meluas.

Namun takdir menentukan segalanya. Mereka berkahwin tetapi ikatan suci itu tidak mampu bertahan sehingga ke akhir hayat. Perkahwinan di atas dasar cinta ini memberikan mereka seorang cahayamata perempuan yang comel diberi nama Wan Maryam.

Maryam atau nama manjanya Cik Yam sudahpun berusia 2 tahun. Telatah Cik Yam yang cerdik dan petah bercakap dengan bahasa pelatnya sering mengundang tawa netizen. Mewarisi wajah cantik ibunya Mawar buatkan Maryam sedap dipandang mata.

Menerusi akaun Instagram, Fizo telah memuatnaik video di mana kelihatan anaknya Maryam yang sibuk mencari dan memilih baju untuk dipakai daddynya itu. Lucu melihat apabila Fizo dipaksa memakai baju yang sudah dipilihnya itu. Siap ditarik-tarik lagi. Alahai dah pandai jadi image konsultan Cik Yam ni.

Jom tonton video di bawah :

” Cik Yam pilih baju daddy everytime bila nak keluar.. “

” Alahai #cikyamdaydy ni, baru umur setahun lebih… Baju daddy dia akan pilih satu-satu bila nak keluar. So kene ikutlah daddy oi!.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Maryam yang cerdik ini. Antara komen-komen netizen :

” Ayoyo Maryam dah tau la ikut perangai sapa.. “

” Ya Allah bijaknya cikyammm.. “

” Dia pastikan keterampilan dayde dia hensem sokmo.. “

” Hahahahahha cikyam always right!!.. “

” Bijaknya Cik Yam… Anak pintar ni.. “

” Hahaha lawak je cik yam ni.. Macam mak-mak dah tengok.. Semua dia dah tentukan.. Senangla daddy dah de yang pilihkan nak pakai apa, tak yah pening nak pilih sendiri.. “

” Cikyam cuba untuk buat ayah dia jadi yang terbaik depan mata dia… Cerdik cik yam… Comel je tengok perangai dia hehe.. “

” PA Daydy ni.. “

Bijak, Pandai, Teratur mungkin tu yang sesuai untuk diberi pada anak kecil ni. Biarpun Maryam baru dua tahun tapi dia dah ada citarasa dan pilihannya tersendiri. Sesuai sungguh jadi pembantu peribadi daddy yang sentiasa sibuk ni. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Maryam sentiasa di bawah lindungan Allah dan membesar dengan jaya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..