” Memang kiut Aafiyah.. “

Aksi Comel Aafiyah Anak Datuk Siti Nurhaliza Melambai Tangan Bye Bye, Namun Tak Sangka Aksi Aafiyah Yang Last Tu. Oh My Sweety !!

Nama Siti Aafiyah Khalid tidak peru diperkenalkan lagi. Anak kepada pasangan popular, Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa ini sememangnya menjadi pujaan hati peminat. Bukan sekali, malah berkali-kali aksi comel Aafiyah dirakam lensa dan peminat untuk dikongsikan di laman sosial.

Aafiyah adalah suatu anugerah paling berharga buat pasangan ini memandangkan kehadirannya setelah 11 tahun menanti untuk mendapatkan zuriat. Mengilhamkan nama unik Aafiyah ini ketika berada di tanah suci Mekah, Dato Siti Nurhaliza mengambil keberkatan maksud disebaliknya untuk puteri kesayangannya itu.

Aafiyah yang kini sedahpun berusia setahun setengah disifatkan sebagai anak yang mudah dijaga. Tidak banyak ragam dan sentiasa menghiburkan semua orang dengan senyuman dan aksi comelnya. Maka tidak hairanlah kerana sifat bagusnya itu membolehkan Dato Siti membawanya ke mana sahaja termasuk urusan kerja.

Menerusi akaun Instagram Ctaini77, telah dikongsikan satu rakaman video dimana kelihatan Dato Siti Nurhaliza bersama Aafiyah dan penjaganya Dayah baru menaiki kereta untuk ke destinasi lain. Namun yang menarik perhatian adalah ucapan bye bye dari Aafiyah beserta flying kiss yang sangat comel. Kiut sangat !

Jom tonton video di bawah :

” Memang kiut aafiyah.. Igs @khyreeq.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aafiyah itu. Antara komen-komen netizen :

” Muraah senyummmm anak ibu nii.. “

” Alahaiii anak ibu nie.. “

” So cute Aafiyah.. “

Sememangnya Aafiyah banyak mewarisi kemanisan senyuman dari ibunya Dato Siti Nurhaliza. Semakin bijak Aafiyah semakin banyak pula aksi spontan yang mencuit hati. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah sentiasa diberi kebijaksanaan dan membesar dengan sempurna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctaini77, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..