” Lain sangat muka korang dulu, perubahan yang ketara.. “
Syafiqah Aina Kongsi Gambar Lama Bersama Dengan Suaminya Hafiz, Buat Ramai Yang Terkej0t. Lain Sungguh !!
Syafiqah Aina atau nama penuhnya, Nursyafiqah Aina binti Abdul Wahab adalah selebriti Instagram yang pernah viral suatu ketika dulu, gara-gara sambutan hari jadi beliau menggunakan sebuah limousin yang disewa oleh kekasihnya dan makan malam di Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur.
Pernah dilabel sebagai pasangan kekasih yang viral bersama Hafiz Mahamad kerana romantiknya cinta mereka. Tidak cukup dengan itu, kekasihnya sering memanjakannya dengan pelbagai kemewahan lain dengan menghadiahkan kereta, berlayar di atas kapal serta, Iphone sempena hari lahir Syafiqah Aina.
Berusia 25 tahun dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017 bersama kekasihnya iaitu, Hafiz Mahamad. Dalam majlis yang cukup gemilang itu, mereka telah mendapat tajaan menaiki limosin mewah bewarna putih.
Setelah berkahwin, pasangan ini mempunyai perniagaan bersama iaitu, NSA Beau Ventures pada tahun 2018. Selain daripada itu, Syafiqah juga memiliki jenama pakaian sendiri iaitu, Syafiqah Aina RTW. Antara produk utama NSA Beau adalah Aina Serum dan Aina Cleanser.
Menerusi instagram, Syafiqah Aina telah berkongsi gambar beliau bersama suami ketika bercinta dahulu. Gambar tersebut semasa pasangan ini sedang beriadah. Mengimbau kenangan yang lalu ketika itu, beliau bertubuh besar dan sedang berdiet.
Baca perkongsian beliau dibawah :
” Dulu waktu sebelum kahwin, Aina & Hafiz banyak spend time jogging sama sama.. Then selalu berangan pasal future kitorangIngat lagi dulu, jarang ada masalah nak kena fikir jaga perasaan ramai orang.. “ Just enjoy je life buat apa kita nak buat ..”
” But now, apa Aina buat mesti ada yang krit1k & cakap bukan bukan. But Aina faham je yg in life, memang akan ada ujian & mesti ada je orang tak suka. Tak kisahla benda baik or tak kita buat.. “
” Tapi apa pun orang nak cakap, Aina tak kisah. Aina percaya Allah ada. As long as Aina tahu apa yang Aina nak & apa yang Aina buat tak melampaui batas then I’ll keep doing it! Aina baru 25 jauh lagi perjalanan and Aina yakin mesti banyak lagi cerita & kritikan orang kasi lepas ni.. “
” I always believe that Allah knows my true intentions & efforts. People will always have their own opinion on me, but its’s okay I will keep hitting my road any way! .. “
” @hafizmahamad jom pergi jogging macam dulu dulu sebab abang dah gem0k dah tu Dulu kita just follow diet plan dia bagi sampai jadi but now, Abang pulak kena follow diet sayang k.. “
” Macam tak percaya je yang gambar first tu aina n hafiz .. Perubahan yg ketara.. Adore both of u a lots .. “
” Pic pertama muka hafiz mcm muka Feng, kawan Boboiboy .. “
” Lainnya muka hehe.. semoga kekal berbahagia hingga ke syurga.. “
” Lain sangat dl dengan sekarang.. “
” Perempuan kan makin berumur makin cantik. Setuju tak aina.. “
” Sweet nya @hafizmahamad and @syafiqahaina semoga abng angan akk terus kan perjuangan dan happy bersama keluarga tercinta comel sangat keluarga ni happy family.. “
Wahh!! Sangat berbeza !! Pasangan ini memang cantik dan segak, sama padan bagai pinang dibel4h dua. Tak hairan lah kalau anak pasangan ini pun comel. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya dalam perniaggan yang dilakukan oleh Syafiqah Aina dan suami.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syafiqah Aina by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..