” Saya baru belajar, kalau sumb4ng dan salah, maafkan saya. Qasidah Qamarun kesukaan saya.. “

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berqasidah Memuk4u Ramai Peminatnya. Wah, Merdu Sungguh !!

Qasidah berasal daripada perkataan ‘ Qasada’ yang bermaksud luahan hati. Qasidah adalah syair arab yang sudah diamalkan sejak sekian lamanya. Malah ia menjadi budaya masyarakat Arab sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Qasidah dapat menenangkan jiwa.

Qasidah adalah seni suara yang bernafaskan Islam, di mana lagu-lagunya banyak mengandungi unsur-unsur dakwah Islamiah dan nasihat-nasihat baik sesuai dengan ajaran Islam.Qasidah juga turut mengalunkan doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.

Biasanya lagu-lagu ini dinyanyikan dengan irama penuh kegembiraan yang hampir menyerupai irama-irama Timur Tengah dengan diiringi rebana. Kumpulan qasidah moden mempunyai seorang penyanyi utama yang dibantu dengan paduan suara wanita.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi videonya berqasidah di dalam satu majlis Maulud. Sungguh merdu alunan suara Dato’ Siti sehingga terasa dibuai-buai. Jarang kita mendengar Dato’ Siti berqasidah. Mari kita dengarkan.

Tonton video di bawah :

” Alhamdullillah…suka saya dapat bersama di majlis Maulud.. Saya baru belajar , kalau sumb4ng & salah, maafkan saya.. Qasidah Qamarun kesukaan saya.. “

Rata-rata peminat memuji kemerduan suara Dato’ Siti mengalunkan qasidah. Antara komen-komen mereka :

” Setelah 18 kali saya dengar dan saya ulang dengar lagi kali ke 19… auranya tu masyaAllah! Love sangat.. “

” Tak puas dgr.. Best.. Qasidah qamarun pun kesukaan saya.. “

” Tokti ni kasi la lagu apa pun.. Takkan sumb4ng.. Jgn r1sau tokti.. “

” Merdu.. Sedap dgr.. Best.. “

” This is the next level kak iti.. Alhamdulillah.. “

” Dato ct nyanyi lagu negaraku pon sedap.. Inikan pula berqasidah bagai.. Merdu habis.. “

Sememangnya tidak dapat dinaf1kan kemerduan suara Dato’ Siti. Apa jua lagu yanh dinyanyikan oleh Dato’ Siti pastinya melet0p. Inikan pula apabila Dato’ Siti berqasidah. Semoga Dato’ Siti terus maju jaya dalam bidang seni hiburan tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Sri Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..