” Lain macam tempat dia buat revision.. “

Saharul Ridzwan Kongsikan Video Gelagat Anaknya Muhammad Luth Ali Mengaji Iqra Sembunyi-Sembunyi, Namun Lokasinya Persembunyiannya Buat Peminat Terhibur. Pandainya Ali !!

Nama pelakon Saharul Ridzwan bukanlah nama asing di dalam dunia seni hiburan tanahair. Namanya mula memuncak naik setelah lakonannya di dalam drama Hati Drama bergandingan bersama Mia Ahmad menjadi ‘trending’ di media sosial.

Saharul adalah antara artis yang bersih tanpa kontr0versi namun namanya semakin menjadi sebutan apabila Saharul mengumumkan pernikahannya bersama gadis pilihan bernama Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir. Hasil ikatan ini mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki diberi nama Muhammad Luth Ali.

Saharul sering berkongsikan aktivitinya bermain dan belajar bersama Ali. Banyak aksi-aksi lucu yang dipertontonkan yang membuatkan peminat meminati anak kecil ini. Ali yang banyak mewarisi wajah ibunya ini seorang anak yang amat bijak dan sangat comel.

Menerusi akaun Instagram, Saharul Ridzwan telah berkongsikan satu video di mana beliau merakamkan aksi anaknya Ali sedang mengaji Iqra di balik langsir. Walaupun kelihatan melucukan tetapi buat sesiapa sahaja yang melihatnya jadi terharu kerana kesungguhan dan semangat anak kecil ini untuk belajar.

Jom tonton video di bawah :

” Mengaji belakang langsir !.. “

” Ingat kan hari tu saya ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je. Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Ali ini. Antara komen-komen netizen :

” Lain macam tempat dia buat revision.. Semoga Ali membesar jadi anak yang soleh.. “

” Alaaaa boboi uncle ni @kisah.ali good boy.. “

” Hahhaha…. Malu la tu nak ngaji kat abah dia.. “

” Masya’Allah ….Comeynye kamu.. “

” Comey sangat nih.. Pandai sungguh Ali baca.. “

” Bagusni , tak r1ak mengaji sembunyi sembunyi.. “

” Clever boy ali.. “

” Alahaiii comel nye Ali.. Moga jadi anak yang soleh dunia akhirat.. “

” Aish ali ni, clever lahh.. Makin in love pulak.. “

Bijak sungguh si kecil Ali ini. Hasil didikan agama dari Saharul Ridzwan dan isterinya Diana nampaknya mula membuahkan hasil. Insha Allah Ali boleh menjadi contoh dan inspirasi untuk pasangan lain dalam mendidik anak-anak.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ali akan terus istiqamah dalam mempelajari asas agama dan semoga Ali membesar menjadi anak yang berguna dan soleh buat kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..