” Lain macam gambar Jep, kurus sangat tu. Haha.. ” – Netizen

Video Potret Bahagia Azman Dan Cikgu Eja, Watak Jep Sepahtu Dan Norlia Ghani Dalam Sepahtu Reunion Live Buat Ramai Terhibur. Amboi Kemain Solid Badan Cikgu Eja, Nampak Lebih Muda Daripada Azman. Part Gambar Jep Tu Kelakar, Lain Macam. Hehe !!

Gelagat Jep Sepahtu dalam rancangan lawak Sepahtu Reunion Live 2022 tidak hanya mencu1t hati para penonton. Malah kadangkala selebriti jemputan juga tidak dapat menahan ketawa dengan dialog spontannya ketika di atas pentas.

Seperti baru-baru ini, pihak Sepahtu Reunion sekali lagi telah menjemput pelakon Norlia Ghani untuk sambungan kisah antara Cikgu Eja dan Azman. Episod pada minggu lalu nampaknya sekali lagi berhasil membuatkan penonton di rumah serta di studio ketawa.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di akaun Instagram Sinar telah memaparkan video seseorang berkongsi gambar kahwin Cikgu Eja dan Azman. Dalam gambar itu sebenarnya telah di’edit‘ wajah Jep dan Norlia.

Di ruangan kapsyen telah ditulis ianya adalah potret bahagia Azman dan juga cikgu Eja. Sehingga kini perkongsian video itu telah ditonton lebih 138 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai repson diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur setelah menonton video itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Lain macam gambar Jep, kurus sangat tu, haha. Memang nampak edit betul lah gambar ni, badan Cikgu Eja pun solid kemain.. “

” Aikk Azman muka nampak gelap skit, ko pergi berjemur di tepi pantai ke. Masak lah kalau Sari tengok ni, s1lap2 makan dodol panas pula.. “

” Patotlah semalam Tapan jadi gitu yaa, Nadia laa, Cikgu Eja laa , Linda laa. Menu bubur lagi ka harini ?? Ehhhhh hahaa.. “

” Pelik benor photoshop Jep, smpai terkehel tengok tu hahaha. Lawak la, aku yang tengok pun ketawa ni.. “

” Hahahahah satgi dari makan bubur terus sari bg makan batu pula. Hahahhaha muka dengan telinga Azman jauh bezaa.. “

” Amboi berani Jep sekarang, haha. Tapi kan cerita Cikgu Eja dan Azman paling best tengok. Semua part mesti kelakar habis.. “

” Terus nampak Cikgu Eja muda daripada Azman, hahahahaha.  Siapa lah  juru edit gambar ni, memang lawak betul.. “

Apa-apa pun Sepahtu Reunion memang best, setiap episod pasti mengundang tawa penonton baik di studio mahupun di rumah. Semoga geng Sepahtu ini akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sinar.my, zonlawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..