Kongsi Gambar Makanan Tambahan Untuk Kehamilan Di IG Story

Ramai Anggap Dato’ Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua. Ini Respon Dato’ Siti. Doa Yang Baik-Baik !!

Semalam penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah memuatnaik gambar makanan tambahan untuk kehamilan berserta kapsyen di Instagram St0rynya. Hal ini telah mencur1 perhatian ramai pengikut akaun Instagram dan peminatnya.

Dato’ Siti menulis kapsyen “Standby untuk adik Aafiyah,” seolah-olah ia memberikan sedikit pembayang mengenai persiapannya untuk menimang cahaya mata kedua. Pastinya ramai peminat gembira jika benar Aafiyah akan mendapat adik.

Terdahulu, Dato’ Siti pernah menyatakan bahawa beliau mensasarkan untuk menimang cahaya mata kedua sebelum usia 43 tahun. Umum mengetahui Dato’ Siti mendapat Siti Aafiyah setelah 11 tahun berumah tangga melalui kaedah IVF.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti telah berkongsi respon terhadap gambar yang dikongsikannya semalam. Di Insta Storynya hari ini, Dato’ Siti menyatakan bahawa beliau standby saja dahulu dan meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buatnya.

Untuk pengetahuan, Dato’ Siti kini berada di Gold Coast, Australia bercuti bersama keluarganya. Menurutnya, ia adalah sebagai persediaan sahaja dan belum ada sebarang berita kehamilan untuk dikongsikan. Tambahan pula makanan tambahan tersebut tiada dijual di Malaysia.

Nampaknya Dato’ Siti sudah menjawab segala teka-teki yang bermain di fikiran peminatnya. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Dato’ Siti. Semoga impian Dato’ Siti untuk menimang cahaya mata kedua dimakbulkan Allah SWT dan diberi rezeki untuk Aafiyah menjadi seorang kakak. InsyaAllah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..