” Waaa bestnya… Putih berseri Didi… Seronok orang kampung.. Tak ngantuk.. “

Jihan Muse Kongsikan Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Ungku Arsalan Haq Yang Penuh Meriah. Amboi Siap Didi And Friends Lagi Datang. Seronoknya Arsalan !

Pelawak dan pengacara Jihan Muse bukanlah satu nama asing di dalam dunia hiburan. Gelagat dan aksi bersahajanya mengacarakan program-program hiburan sering menggel3tek hati peminat. Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan binti Musa dilahirkan pada 29 Ogos 1983.

Jihan mula dikenali setelah berjaya menyandang gelaran naib juara di dalam pertandingan Raja Lawak Astro musim ketiga. Sejak dari itu, Jihan mengorak langkah yang lebih bersinar. Menjadi pengacara Geg4r Vaganza membuatkan wajahnya semakin dikenali ramai.

Jihan telahpun mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Ungku Hariz pada tahun 2016 yang lalu. Ikatan perkahwinan mereka ini telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Ungku Arsalan Haq. Arsalan dilahirkan pada 25 Jan 2018 dengan beratnya ketika itu 3.85 kg.

Menerusi akaun Instagram, Jihan Muse telah berkongsikan gambar dan video semasa sambutan ulangtahun ke dua tahun anaknya Ungku Arsalan  Haq. Majlis yang meriah dengan bertemakan Didi And Friends amat meriah dengan kehadiran mascot karton itu dan dekorasi majlis yang sangat bertepatan dengan tema. Untung Arsalan !

Jom tonton video dan gambar-gambar di bawah :

Hoora Hoorreyyyy..!!! Haha macam yang tua-tua je lebih excited ni. Untuk anakanda tercinta bonda dan yanda bawak @didiandfriends_malaysia balik kampung suntuo. Patutnya didi nana jojo je cukup lah tapi sebab Arsalan suka sangat Pak Atan maka kita request la 4 watak tu.. “

” Walaupun cuaca panaih lit lit time tu tapi salute team @didiandfriends_malaysia gigih menceriakan anak-anak. Abang @chedd kata takpe dalam maskot tu ade kipas. Semut berjalan satu-satu hora horey.. @ungkuarsalanhaq part last tu “NANA!!!”.. ”

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Happy birthday arsalan, moga jadi anak yang soleh, gembirakan ibubapa dunia akhirat.. Aamiin.. “

” Happy 2nd Birthday to Arsalan . Semoga menjadi anak soleh dunia akhirat. Serta anak kebanggaan Keluarga. Aamiin.. “

” Waaa bestnya… Putih berseri didi… Seronok orang kampung..Tak ngantuk..”

” Allahu gembiree noo emak nyee Haha..”

” Kenapa aku tengok video ni, aku pulak yang excited oiii..”

” Nampak Bonda @jihanmuse yang paling 0ver di situ..”

” Sauna org yang dalam didi tu.. ” 

Lain-lain gambar yang dikongsikan sepanjang majlis itu :

Hai meriah sungguh majlis dengan kehadiran kartun-kartun kegemaran kanak-kanak masa kini

Wow keknya pun bertemakan didi n friends….

Beruntung Arsalan bonda yang ceria macam Jihan. Memang meriah betul sambutan hari jadi Arsalan, bukan sahaja menghiburkan Arsalan malahan tetamu yang hadir juga. Terbaik Jihan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Arsalan akan membesar dengan sempurna dan penuh kasih sayang.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Jihan Muse by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan