” Kesian bapak Ijoy. Lawak lah, hahaha.. “
Video Sharifah Shahirah Tanya Anaknya Dey Dey, Nama Penuhnya Adeena Binti Apa. Namun Respon Dey Dey Buat Ramai Terhibur. Amb0iii Kemain Kp0p Lagi Nama Ayah Dia !!
Sharifah Shahirah mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini. Beliau bermula sebagai artis selepas menamatkan zaman persekolahan. Mengikut jejak langkah kakaknya, iaitu Sharifah Nor Azleenda atau Lynn yang dahulu popular di kaca TV. Penampilan pertama Sharifah Shahirah di layar perak menerusi filem Imigran, pada tahun 1993.
Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Shiera atau nama penuhnya, Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar lebih dikenali sebagai Shiera. Dilahirkan pada 14 Oktober 1974, beliau juga merupakan pelakon, pelawak, dan pengacara televisyen di Malaysia. Bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Shiera pernah mendirikan rumah tangga bersama Jatt Ali, vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Allisya. Namun jodoh mereka tidak panjang dan telah berp1sah pada tahun 1999.
Shiera menamatkan zaman janda pada tahun 2003 bersama pasangan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon, Zulkifli Azahari atau lebih dikenali sebagai Ijoy Azhari dan merupakan anak kepada pelakon Maria Arshad. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Airel (2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).
Menerusi akaun Instagram, Shiera telah berkongsi satu video yang telah dirakam sendiri oleh Shiera di mana beliau sedang bersembang bersama anak b0ngsunya iaitu Adeena. Dalam perbualan itu, Shiera telah bertanyakan pada Adeena nama ayahnya (Ijoy). Namun jawapan yang diberikan sangat kelakar.
Ikuti perkongsian Shiera di bawah :
” Mula2 tanya dia adeena bt… Dia jawab adeena bt jung kuk.. “
” Ayah kamu nama zulkifly.. binti.. bukan bt.. “
” Rupanya adeena bt dia tambah s je .. #bts.. “
Rata-rata peminat terhibur akan jawapan yang diberikan oleh Adeena. Antara komen-komen tersebut :
” Hahah minat bts yee.. “
” Kuat pengaruh si odah.. “
” Peminat k.p0p betoi deydey ni.. “
” Haha.. jung kook.. kp0p sgt ni.. “
” Wahahahaha binti jongkookk bts.. sian bapak ijoy.. “
” Hahaha ..lawak lah… comel je dia.. “
Aduhai… kelakar sungg0h Adeena ni.. nanti besar boleh ganti ibu la macam ni. Ada saja jawapan yang dia bagi.. Betul-betul peminat BTS. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga Adeena membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa ya sayang.. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Shiera Ijoy by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..