” Aku sorang je ke macam tersalah faham dengan gambar 1st tu.. “

Terima Komen Daripada Netizen Mengenai Gambarnya, Tak Sangka Ini Respon Siti Elizad. Memang Betul-Betul Win !!

Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin merupakan seorang pelakon, model dan pengacara. Elizad memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1994, ketika itu beliau berusia 10 tahun. Beliau mula berlakon di TV Pendidikan, stesen televisyen pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Elizad juga berbakat dalam bidang nyanyian dan muzik. Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria. Beliau telah dinobatkan sebagai juara sekaligus menerima wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Sehingga kini pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi akaun Instagram, Elizad memuatnaik gambarnya bersama ‘screenshot’ group whatsapp keluarganya. Perbualan mereka berkaitan dengan gambar-gambar yang ditangkap oleh ayahnya yang tidak berapa menjadi.

Beliau meminta netizen meneka sama ada mereka berg4duh atau tidak melalui perbualan whatsapp tersebut. Orang perempuan kalau gambar yang ditangkap tidak memuaskan hati, pasti sepanjang hari itu boleh moody. Betul tak ? Hehehe..

” Swipe & Cuba teka “ GADO KE TAK ? “ Note2myself : Bercuti KENA bwk anak2.. “

Rata – rata netizen memberi pelbagai reaksi. Antara komen-komen mereka :

” Akak Ejad next time bw saya.. Berapa pic akk nak, sy tgkapkan.. “

” Hahaha.. Gambo cmni leh wat gad0 sis.. “

” Cute je.. Papa tk pandai amik gmba.. “

” Elok je gamba u oll Ejad.. “

” Selagi gamba tk cntik selagi tu tk ouas hati kan.. “

Namun seorang netizen memberi komen berkaitan gambar pertama Elizad yang kelihatan pel1k :

Adoi, boleh tahan kelakar juga respon balas Elizad kepada netizen. Mungkin gambar tersebut kelihatan pel1k kerana tangan Elizad sebelah kanan yang kurang jelas. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Elizad dan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elizad Sharifuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..