” Kenapa tetiba rasa macam comel je situasinya.. ” – Netizen

Gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Menikmati Santapan Bersama Murid-Murid Di Dalam Kelas Cur1 Tumpuan Ramai. Wahh Beruntungnya Dapat Bersantap Bersama Agong !!

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah seorang raja yang berjiwa rakyat. Dengan keperibadian yang mulia dan legasi pemerintahan berpaksikan kata keram4t ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’ yang diwarisi daripada Paduka Ayahanda ini membuatkan Baginda Tuanku sangat disayangi rakyat jelata.

Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri baik sebagai Yang di-Pertuan Agong dan juga ketua negara. Sikap diri yang sentiasa merendah diri dan sememangnya terkenal dengan sifat seorang raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun.

Telah bertemu jodoh dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu puteri ketiga kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar. Hasil perkongsian hidup bersama pasangan Diraja ini memiliki 4 orang putera dan 2 orang puteri yang tampan dan cantik.

Menerusi perkongsian di Instagram Istana Negara, telah berkongsi gambar yang memaparkan  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menikmati santapan bersama murid-murid di dalam kelas SMK Danau Kota, setapak, pada hari ini. Baginda mengadakan lawatan kerja ke sekolah tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

View this post on Instagram

26 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menikmati santapan bersama murid-murid di dalam kelas SMK Danau Kota, setapak, hari ini. Seri Paduka Baginda berkenan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu (24 Jun, 2020). Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah tersebut pada jam 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Di dalam lawatan ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, murid dan ibu bapa atau penjaga. Ini adalah penting bagi mencegah penularan wabak COVID-19, khususnya di sekolah-sekolah berikutan pembukaan semula sesi persekolahan untuk kelas peperiksaan awam yang melibatkan murid Tingkatan Lima dan Enam. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini mencerminkan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan murid sekolah di seluruh Malaysia yang kembali bertugas dan belajar secara bersemuka setelah hampir tiga bulan sekolah-sekolah diarah tutup berikutan penularan COVID-19. Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan semua guru di atas kesiapsiagaan serta persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan di kalangan guru dan murid sepanjang berada di sekolah. Seri Paduka Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan. Al-Sultan Abdullah mendoakan semoga semua guru dan murid di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT. #agongkita

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Yang di-Pertuan Agong beramah mesra dan bertanya khabar dengan murid-murid

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

26 Jun 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beramah mesra dan bertanya khabar dengan murid-murid di dalam kelas di SMK Danau Kota, setapak, hari ini. Seri Paduka Baginda berkenan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu (24 Jun, 2020). Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah tersebut pada jam 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Di dalam lawatan ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM dan tatacara kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh para guru, murid dan ibu bapa atau penjaga. Ini adalah penting bagi mencegah penularan wabak COVID-19, khususnya di sekolah-sekolah berikutan pembukaan semula sesi persekolahan untuk kelas peperiksaan awam yang melibatkan murid Tingkatan Lima dan Enam. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini mencerminkan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan murid sekolah di seluruh Malaysia yang kembali bertugas dan belajar secara bersemuka setelah hampir tiga bulan sekolah-sekolah diarah tutup berikutan penularan COVID-19. Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah dan semua guru di atas kesiapsiagaan serta persediaan rapi bagi menjamin keselamatan diutamakan dan mengelakkan risiko jangkitan di kalangan guru dan murid sepanjang berada di sekolah. Seri Paduka Baginda turut menasihati para guru dan murid agar bersabar menjalani sesi persekolahan dengan tatacara kebiasaan baharu, termasuk penjarakan sosial, dan sentiasa berdisiplin menjaga kebersihan diri serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam dan luar waktu persekolahan. Al-Sultan Abdullah mendoakan semoga semua guru dan murid di Malaysia yang kembali bertugas dan bersekolah dipermudahkan segala urusan dan dilindungi Allah SWT. #agongkita

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Perkongsian gambar tersebut turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Beruntungnya anak2 ini, kenangan seumur hidup.. Menjunjung kasih Tuanku atas keprihatinan Tuanku.. “

” We never had a nice King like him b4 such a lovely King n Queen for Malaysia DAULAT TUANKU.. “

” Untungnya budak2 kelas ni, comel lah tuanku jadi murid tg. 5.. “

” Dapat duduk depan KDYMM Seri Paduka Bagidfa Yang di-Pertuan Agong dlm kelas kat sekolah lg.. “

” Daulat Tuanku. Sesungguhnya Tuanku perihatin rakyat dan mesra rakyat. Tiada rasa kek0k meskipun duduk bersantap di meja dalam kelas. Terima kasih di atas keperihatinan Tuanku.. “

” Kenapa tetiba rasa macam comel je situasinya.. Bestnya yg duduk belakang Tuanku tu.. Boleh pandang tak lepas.. cam tengok crvsh masa zaman skolah dulu.. “

Wahh beruntungnya murid-murid sekolah tersebut menerima lawatan daripada Yang di-Pertuan Agong malah dapat bersantap bersama Agong yang berjiwa rakyat. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong kita sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Istana Negara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..